Wednesday 6 March 2019

Bercuti di Osaka, Kyoto, Shiga & Nara (JEPUN) 2019 - Hari 4 BIWAKO VALLEY (SHIGA PERFECTURE)


Hari ini hari ke-4 kami di OSAKA

ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI SEMASA  DI OSAKA DAN SHIGA HARI INI IALAH:

AIRBNB -> OSAKA (HEARTON HOTEL LOBBY ) -> BIWAKO VALLEY, SHIGA PERFECTURE -> OSAKA (HEARTON HOTEL LOBBY) -> AIRBNB

Klik Link DI SINI untuk video di Biwako Valley


Hari ini kami akan ke BIWAKO VALLEY untuk bermain salji. 

BIWAKO VALLEY, SHIGA PERFECTURE

Mulanya terfikir juga hendak ke MOUNT ROKKO SNOW PARK, KOBE tapi setelah membaca beberapa blog dan laman web yang mengatakan salji di sana ialah salji buatan dan bukannya salji betul, kami bertukar kepada BIWAKO VALLEY. 
Dua dari anggota keluarga kami belum pernah melihat salji, jadi alang-alang nak bawa mereka tengok salji, biarlah salji tu salji yang betul.

bermain salji di Mount Rokko Snow Park Kobe, bercuti di kyoto dan kobe jepun, salji di rokko mountain salji palsu, perbandingan antara salji rokko mountain dan salji biwako valley, bermain salji di jepun

CARA KAMI PERGI KE BIWAKO VALLEY JEPUN UNTUK BERMAIN SALJI

salji di puncak biwako valley jepun, pemandangan yang sangat cantik

Kami beli pakej LIMON melalui KLOOK untuk ke sana. Pakej ini termasuk pengangkutan bas pergi dan balik dari OSAKA ke BIWAKO, tiket untuk masuk SNOWLAND, tiket ROPEWAY, VOUCHER makan 1000 yen setiap seorang.

Pakej ini kami beli online dari website KLOOK, RM 332 setiap seorang. Selepas 24 jam transaksi, KLOOK menghantar resit pengesahan pembelian kepada kami melalui email. 

Kami memilih untuk mengikut pakej LIMON ini kerana tak mahu membuang masa turun naik train/subway untuk ke sana. Bila di kira harga train/subway, tiket SNOWLAND, ROPEWAY, kami rasa jumlahnya tidak jauh berbeza dengan harga LIMON. Jadi lebih baik kami ambil pakej ini, kami boleh berehat dan melihat pemandangan di sepanjang perjalanan di atas bas yang mengambil masa 2 jam ini.

PERJALANAN KAMI KE BIWAKO VALLEY, JEPUN UNTUK BERMAIN SALJI

Selepas sarapan dan masak bekalan, tepat pukul 645 pagi kami berjalan kaki ke HEARTON HOTEL iaitu salah satu tempat PASSENGER PICKUP untuk package ini. Pegawai  LIMON sudah menunggu di lobi hotel dan bas pun sudah ada di hadapan hotel.  Kami menunjukkan resit LIMON kepada pegawai tersebut dan dia memberitahu kedudukan tempat duduk kami di atas bas. Dia juga menyerahkan tiket bas pergi dan balik, tiket ROPEWAY,  tiket masuk ke SNOWLAND dan voucher makan kepada kami.

Bas bergerak tepat pukul 730 pagi seperti yang dijanjikan. Sebenarnya ada lagi penumpang yang belum tiba tapi pegawai itu berkata dia tak boleh tunggu kerana perlu bergerak tepat mengikut masa yang ditentukan. Memang sepatutnya begitu kan?

Bas ini bergerak melalui bandar OSAKA ke KYOTO sebelum sampai ke SHIGA di mana letaknya BIWAKO VALLEY. Sepanjang perjalanan, kami disajikan dengan pemandangan bandar OSAKA dan KYOTO. Mulanya, kami ingat kami akan melihat salji hanya di BIWAKO VALLEY tapi sebaik sahaja bas masuk ke SHIGA PERFECTURE, salji sudah mula turun dengan lebat. Angin pun agak kuat, jadi salji berterbangan. Waktu ni memang rasa sangat berbaloi kami tidak ke MOUNT ROKKO sebab tak akan dapat pemandangan salji turun lebat seperti ini. Kawasan kiri dan kanan jalan, bumbung-bumbung rumah sudah pun dipenuhi salji. Semua penumpang bas teruja tengok salji berterbangan.

Tiba di kaki bukit kawasan BIWAKO VALLEY lebih kurang pukul 945 pagi.
 Ketika ini salji masih lebat. 
Kawasan kaki bukit BIWAKO dipenuhi salji. 

di kaki bukit biwako, salji masih turun

rombongan kanak-kanak sekolah ke biwako valley
Pegawai LIMON mengingatkan semua penumpang untuk berada di bilik  rehat bangunan di kaki bukit BIWAKO pada pukul 5 petang untuk balik ke OSAKA. Dia menasihatkan semua untuk ambil ROPEWAY turun semula ke kaki bukit BIWAKO selewat-lewatnya pukul 415 petang supaya sempat menaiki bas untuk pulang ke OSAKA yang akan bertolak tepat pukul 5 petang.

Kepada pengunjung yang nak main ski atau snowboard, boleh menyewa peralatan dan pakaian di bangunan di kaki bukit ini. Kami cuma ingin ke SNOWLAND jadi tak ada barang yang perlu di sewa.  Kami cuma pastikan kasut yang kami pakai itu kalis air supaya salji tak masuk. Kalau tak, boleh beku jari kaki nanti.  Bangunan di kaki bukit BIWAKO VALLEY ni agak besar, dan ada tempat2 yang agak sunyi, boleh solat di situ.

Kemudian kami menaiki ROPEWAY ke puncak BIWAKO VALLEY . 

pemandangan pokok yang diselaputi salji semasa menaiki ropeway

Sampai di puncak,
kami melihat-lihat dulu kawasan sekitar, salji masih turun lebat dan angin agak kuat.
Suhu ketika ini ialah negative 6 celcius. 
Kami naik ke BIWAKO TERRACE di tingkat 2, minum hot chocolate dulu untuk panaskan badan.

biwako terrace

 Pemandangan dari atas BIWAKO TERRACE sangat cantik.

tangga turun dari biwako restoran ke terrace
pemandangan yang sangat cantik dari biwako terrace

 Selepas rehat, baru kami masuk SNOWLAND.

Anda boleh keluar dan masuk ke SNOWLAND pada bila-bila masa asalkan anda tunjuk tiket anda pada pegawai yang menunggu di pintu masuk SNOWLAND.  Selepas anda masuk, ada tempat untuk anda menggantung beg anda. Ramai kanak-kanak di SNOWLAND ni kerana ada school trip tapi orang dewasa pun ramai juga. 

Kami main tobogan menuruni bukit salji.
Bukit salji ni tak lah tinggi, rendah sahaja. Mula-mula kena beratur dan naik walkalator, bila sampai di atas , barulah turun dengan tobogan. Walaupun permainan ini lebih kepada untuk kanak-kanak, tapi ramai juga orang dewasa yang turut seronok bermain di sini,termasuk lah kami. Tobogan ini boleh digunakan secara percuma. Kalau dah habis main, kena simpan di atas rak yang disediakan.
naik walkalator di sebelah kanan

dan turun dengan tobogan (bermain salji di biwako valley, jepun)


Mulanya ada di antara kami yang bercadang untuk snow boarding tapi itu bermakna kumpulan kami terpaksa berpecah, 
jadi kami putuskan semua ke SNOWLAND saja. 
Tapi kami berjalan2 juga di tempat ski.

chairlift untuk yg bermain ski
 

Betul2 di sebelah SNOWLAND, ada sebuah restoran (kalau tak silap namanya LAKE VIEW RESTAURANT) tapi ianya dibuka hanya untuk murid2 sekolah yang melawat BIWAKO pada hari itu.  Mereka sudah tempah seluruh restoran itu, jadi bila hendak minum air panas, kami naik ke BIWAKO TERRACE di tingkat 2 sekali lagi.

Voucher yang kami terima untuk makan tengah hari hanya boleh digunakan di Ekinaka Kitchen.  Voucher 1000 yen boleh ditukar dengan 4 jenis makanan tapi hanya 1 yang boleh kami makan, vegetable curry rice, Yang lain tak halal. Restoran ini tidak jual minuman. Semua minuman perlu di beli di vending machine. Kami ambil 2 hidangan vegetable curry rice dan makan bekalan mee goreng dan nasi lauk ikan bilis pedas yang kami bawa. Kami pilih meja yang agak tersorok sebab nak makan bekalan yang kami bawa. Orang lain semua beli makanan dari restoran ini. 

vegetable curry rice yang dibeli dari restoran dan mee goreng serta nasi putih dengan sambal ikan bilis yang kami bawa dari malaysia
Selepas makan tengahari, 
sambung lagi bermain dan bergambar di SNOWLAND dan 
kami juga berjalan-jalan di kawasan SNOWBOARDING. 

salji masih lebat



Pukul 415 petang kami turun dengan ROPEWAY. 
Sampai di kaki bukit, kami bergambar dulu. 
Ketika ini salji sudah tidak turun lagi.


di hujung sana ialah tasik biwa

trip musim sejuk osaka jepun, bajet percutian sekeluarga ke jepun, cara kami travel sendiri ke jepun, tempat yang boleh dilawati semasa musim sejuk di jepun, 20 aktiviti menarik di jepun pada musim sejuk



Kami ke bilik rehat dan sebelum pukul 5 petang, pegawai LIMON datang ke bilik rehat
dan mengarahkan semua untuk menaiki bas. Tepat pukul 5 petang, bas  bergerak meninggalkan BIWAKO VALLEY menuju OSAKA. Kami tiba di hadapan  HEARTON HOTEL OSAKA pada jam 7 malam dan berjalan pulang ke AIRBNB untuk masak makan malam.



3 comments:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  2. Tuan..saya try cari Limon dalam klook tapi tiada. boleh bagi info sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. https://www.klook.com/en-MY/activity/17150-biwako-valley-ski-resort-osaka-kyoto/?krt=s30&krid=23b6c998-f81c-46a7-78a7-8a4e35354b16

      Delete