Hari ini hari ke-8 dan hari terakhir kami di Osaka.
ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI DI OSAKA HARI INI IALAH:
AIRBNB-> HANKYU UMEDA STATION (LOCKER)->POKEMON
CENTRE (DAIMARU UMEDA)-> ALI'S KITCHEN OSAKA HALAL RESTAURANT
(SHINSAIBASHI)-> PRAYER ROOM (OSAKA STATION)-> HANKYU UMEDA STATION (LOCKER/BUS)
-> KANSAI AIRPORT-> KLIA2
Hari ini hari terakhir kami di OSAKA, JEPUN.
Penerbangan
pulang ialah pada pukul 10 malam.
Kami bangun awal pagi, kemas AIRBNB dan checkout pada pukul 10 pagi.
Kami
berjalan ke HANKYU UMEDA STATION dengan membawa beg2 kami dan menyimpan beg
kami di dalam LOCKER yang terletak di sebelah tempat bas yang akan kami naiki
untuk ke KANSAI AIRPORT.
Tiket bas dah pun dibeli pada hari pertama kami tiba di
OSAKA.
Sepanjang kami di OSAKA,
setiap hari kami akan berjalan ke OSAKA STATION untuk memulakan perjalanan kami. Dan setiap hari kami akan lalui UMEDA SKY BUILDING yang tinggi. Kami tak pernah singgah dan naik ke dalam bangunan ini tapi dari blog lain yang kami baca, ramai yang mengatakan pemandangan dari atas bangunan ini sangat cantik.
Dan kami akan juga lalui bangunan yang mempunyai vertical landscape ini,
tak pasti apa namanya.
selepas menyimpan semua beg kami dalam locker, kami ke POKEMON CENTRE di tingkat 13 DAIMARU
UMEDA,
tempat ini terletak di dalam UMEDA OSAKA STATION.
Tempat ini tidaklah
besar, tapi ada pelbagai barang POKOMEN asli di sini.
Barangan bayi jenama POKEMON
yang comel pun ada di sini. Terdapat juga POKEMON ARCADE MACHINES dan meja
untuk pemain kad TCG POKEMON.
So apa lagi, kami main lah kejap.
Kami naik train MIDOSUJI LINE dari UMEDA STATION ke
SHINSAIBASHI dan makan tengah hari,
sekali lagi, di ALI'S KITCHEN OSAKA HALAL RESTAURANT di Shinsaibashi.
Walaupun terpaksa mengambil train ke sana, tapi rasanya berbaloi sebab nasi
beriani ayam di situ memang sedap.
Kemudian kami kembali ke OSAKA STATION untuk solat.
Untuk
guna bilik solat di sini, kami ke OSAKA STATION CITY INFORMATION COUNTER dan
diminta mengisi borang terlebih dahulu. Pegawai di situ memberitahu kami, PRAYER
ROOM ini adalah untuk kegunaan semua penganut agama lain juga, bukan untuk
orang Islam sahaja. Jadi PRAYER ROOM ini perlu dikongsi. Tapi ketika kami
menggunakan PRAYER ROOM ini, tiada orang lain yang datang. Ketika kami hendak
keluar, seorang lelaki Jepun masuk dan memberi salam kepada kami, lepas itu dia
terus berwuduk.
Kami berehat dan jalan2 di OSAKA STATION.
Setiap hari di OSAKA STATION, ada kumpulan atau orang perseorangan yang membuat persembahan. Mereka menyanyi di hadapan orang ramai di tempat khas yang di sediakan dan mereka menjual CD nyanyian mereka. Pada hari terakhir kami di sini, dua orang wanita ini pula buat persembahan. memang sedap suara mereka dan ada orang yang membeli CD mereka.
Bila dah pukul
4 petang,
kami ke HANKYU UMEDA STATION untuk ambil beg-beg kami dan terus
beratur untuk menaiki bas ke KANSAI AIRPORT.
Di kaunter Airasia, selepas Baggage Drop untuk 2 beg kami yang kami checkin selesai, pegawai bertugas meminta kami menimbang semua HAND
CARRY LUGGAGE yang kami bawa. Dia mengingatkan kami, setiap seorang hanya
dibenarkan bawa 7kg sahaja. Jadi kalau ada HAND CARRY dan HANDBAG, kedua-duanya
mesti berjumlah tidak lebih dari 7KG. Oleh sebab kami berlima, jadi jumlah yang
boleh kami bawa naik ke atas kapal terbang ialah 35kg. Kami disuruh meletakkan
HANDCARRY, BAGPACK, HANDBAG dll di atas penimbang di sebelah kaunter.
Alhamdulillah, semuanya berjumlah 34.5kg, jadi kami tidak dikenakan apa-apa
bayaran lebih. Penumpang di kaunter sebelah pula terpaksa bayar lebih sebab jumlah
HAND CARRY BAG dan HANDBAGnya lebih dari 7kg. Sesetengah negara hanya menimbang
HANDCARRY beg, backpack tak ditimbang, tapi eloklah berjaga-jaga kalau tak nak
bayar lebih.
Selepas selesai urusan bagasi, kami makan malam di restoran THE U-DON yang menghidangkan makanan halal sebelum menaiki kapalterbang pulang ke Malaysia.
Sepanjang perjalanan di atas kapalterbang, kerap berlaku turbulence, dan banyak kali penumpang diarahkan untuk duduk di tempat masing2.
Makanan pun dihidangkan agak lewat kerana turbulence.
Tapi alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia. Kalau ada rezeki, nak pergi lagi ke Jepun, mungkin ke Tokyo atau Hokaido pula.
Tapi alhamdulillah selamat sampai ke Malaysia. Kalau ada rezeki, nak pergi lagi ke Jepun, mungkin ke Tokyo atau Hokaido pula.
penginapan murah di jepun, menyewa rumah di jepun, penginapan murah di osaka jepun
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDeletedate pergi adakah bulan March?
ReplyDeleteKami di sana selama 8 hari, dari 29 januari hingga 5 februari
Deletehilmi,jarak antara osaka station dengan umeda station jauh or dekat?
ReplyDeleteOsaka Umeda Station ialah sebuah kompleks pengangkutan yg sangat besar. kalau dah familiar dgn kompleks ini, jarak antara osaka station dan umeda station cuma 5-10 minit sahaja berjalan kaki.
DeleteBoleh share budget tak
ReplyDeletehai admin.info y sgat membantu.. boleh tahu ke sepanjang di kansai prefecture guna pass apa untuk naik train ya? atau hanya guna icocard shaja..ada pakai apps apa2 x?.. tq admin
ReplyDeleteKami cuma guna Icoca Card sahaja. Saya recommend install apps Japan Transit Planner. Sangat sangat bagus, banyak membantu kami.
Delete