Hari ini hari pertama kami di OSAKA.
pengalaman bercuti di osaka jepun pada musim sejuk. jangan bawa barang-barang terlarang ke jepun
ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI SEMASA DI OSAKA HARI INI IALAH:
KLIA2 –>KIX-> AIRBNB
Kami berlepas pada pukul 215 petang. Di atas kapal terbang, kami semua sudah pun mengisi
borang imigresen dan untuk borang kastam pula hanya seorang dari ahli kumpulan
sahaja yang perlu mengisinya. Kami tiba di KANSAI AIPORT pada pukul 940 malam.
PEMERIKSAAN IMIGRESEN DAN KASTAM DI LAPANGAN TERBANG KANSAI
keluar sahaja dari kapalterbang, kami berjalan menuju ke train yang akan membawa kami ke tempat Immigration. Urusan imigresen berjalan lancar. Cuma perlu letakan jari
di atas mesin pengimbas dan gambar diambil. Kami kemudian ambil beg kami yang kami checkin sebelum ini dan
terus ke kaunter pemeriksaan kastam. Sekali lagi tiada masalah langsung.
Pegawai kastam cuma bertanya, “Are you
one family?”. Bila kami jawab “yes”,
dia terus benarkan kami keluar tanpa beg kami diperiksa. Alhamdulillah,semua
bekalan makanan (beras, maggie, pancake mix, margarine, sambal ikan bilis, pes bermcm2 masakan dll) dan ubat2/vitamin kami boleh dibawa masuk ke OSAKA.
Sebelum ini, kami ada terbaca tentang undang-undang ketat
Jepun berkenaan ubat yang di bawa masuk.
Membawa masuk ubat untuk kegunaan sendiri semasa
melancong di Jepun. senarai barang makanan yang boleh di bawa masuk ke jepun. urusan immigration di lapangan terbang kansai jepun
MENAIKI BAS DARI LAPANGAN TERBANG KANSAI KE OSAKA
Kami memilih menaiki bas dari KANSAI AIRPORT ke OSAKA
kerana ia lebih selesa dan cepat. Kalau naik train/subway kami perlu berjalan
dan naik turun escalator dengan beg
yang besar, jadi agak menyusahkan. Lagipun suhu ketika kami sampai ialah
negative 2C. Takut badan terkejut dengan perubahan suhu yang mendadak. Kalau
jatuh sakit, lagi susah!
Sebaik sahaja keluar dari lapangan terbang KANSAI, kami
terus tuju vending machine yang
menjual tiket bas. Kami beli tiket bas pergi dan balik (KANSAI-OSAKA dan
OSAKA-KANSAI) utk 5 orang dengan harga 2760 yen (RM 105) setiap seorang (pergi
dan balik).
![]() |
beli tiket bas KANSAI-OSAKA dari vending machine |
Kemudian kami beratur di tempat bas.
Ada beberapa buah
bas dengan destinasi berlain, jadi kena tengok papan tanda dan pastikan betul.
beratur di sini untuk menaiki bas
Kakitangan bas akan memasang tag pada beg yg akan
disimpan di dalam tempat barang bas.
Mereka kemudian serahkan resit kepada kami untuk baggage claim.
Mereka kemudian serahkan resit kepada kami untuk baggage claim.
Sebelum naik bas, serahkan tiket pada pemandu bas.
Perjalanan memakan masa selama satu jam dan kami memilih hentian HANKYU UMEDA HOTEL kerana ia hentian paling dekat
dengan AIRBNB kami.
Lebih kurang jam 1130 malam, bas berhenti di hadapan HANKYU UMEDA HOTEL dan kakitangan bas yg menunggu di situ terus mengeluarkan beg dari tempat simpan barang bas. Kami perlu tunjuk
resit baggage claim kepada mereka dan
baru lah mereka serahkan beg kepada kami.
MENAIKI TEKSI DI OSAKA
Sebenarnya jarak ke AIRBNB kami tidak jauh, hanya perlu
berjalan kaki dalam 15 minit. Tapi oleh sebab hampir tengah malam dan cuaca
semakin sejuk (negative 2c), kami ambil teksi dari situ ke AIRBNB dengan harga
1000 yen. Sepatutnya kami berlima ambil 2 buah teksi, tapi oleh sebab jaraknya
terlalu dekat, pemandu teksi itu membenarkan kami naik berlima. Teksi di Jepun
ni lain sikit, pintu belakang tidak perlu kita buka. Pemandu yang mengawalnya,
ia akan dibuka secara automatik. Tak perlu buka sendiri.
Setibanya kami di AIRBNB, kami masukkan kod yg diberi untuk
membuka lock box. Di dalam lock box, ada kunci AIRBNB. Guna kunci untuk buka
pintu.
![]() |
AIRBNB kami. Gambar ini di ambil semasa kami checkout untuk pulang ke Malaysia |
PENGINAPAN KAMI DI OSAKA, JEPUN
AIRBNB kami (https://www.airbnb.com/rooms/28467702?guests=1&adults=1) ini 3 tingkat.
Sejurus pintu dibuka. Terdapat ruang terhad. Yang ada cuma almari letak kasut dan payung. Tiada ruang lain di ground floor ini. Naik tangga ke tingkat 1, ada ruang tamu, dapur, tandas, bilik mandi, mesin basuh kain, ketuhar, peti sejuk ,microwave dan semua keperluan lain.
Sejurus pintu dibuka. Terdapat ruang terhad. Yang ada cuma almari letak kasut dan payung. Tiada ruang lain di ground floor ini. Naik tangga ke tingkat 1, ada ruang tamu, dapur, tandas, bilik mandi, mesin basuh kain, ketuhar, peti sejuk ,microwave dan semua keperluan lain.
Bilik tidur terletak di tingkat 2. Ada 2 katil besar
queen bed, 2 katil bertingkat single bed. Boleh tidur 8 orang. Heater pun ada, jadi tiada masalah tinggal di sini pada musim sejuk.
Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang berusia antara
21-54 tahun. Kami tiada masalah tinggal di rumah ini. Tapi rasanya untuk mereka
yg ada anak kecil atau orang yg lebih tua yang ada masalah kesihatan, agak
tidak sesuai kerana tangga dari ground floor ke tingkat 1 dan seterusnya ke
tingkat 2 agak curam. Tapi rasanya beginilah keadaan kebanyakan rumah di sini.
PAKEJ INTERNET YANG KAMI GUNA SEMASA BERADA DI JEPUN
Internet ada disediakan di AIRBNB kami, tapi untuk penggunaan internet ketika kami keluar berjalan, kami beli pakej ROAMING MAN secara online, RM12 sehari. Kedainya terletak di KLIA2. Kami ambil modem pada hari kami bertolak ke OSAKA dan menghantar balik modem pada hari kami sampai di KLIA2 dari OSAKA.
Kami menyimpan makanan yang kami bawa di dalam kabinet,
solat dan terus tidur kerana esok kami akan memulakan perjalanan kami awal pagi.
penginapan murah di jepun, menyewa rumah di jepun, penginapan murah di osaka jepun
No comments:
Post a Comment