Tuesday 5 March 2019

Bercuti di Osaka, Kyoto, Shiga & Nara (JEPUN) 2019 - Hari 1 KLIA2 ke KANSAI


Hari ini hari pertama kami di OSAKA.

pengalaman bercuti di osaka jepun pada musim sejuk. jangan bawa barang-barang terlarang ke jepun

ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI SEMASA DI OSAKA HARI INI IALAH:

KLIA2 –>KIX-> AIRBNB

Kami berlepas pada pukul 215 petang. Di atas kapal terbang, kami semua sudah pun mengisi borang imigresen dan untuk borang kastam pula hanya seorang dari ahli kumpulan sahaja yang perlu mengisinya. Kami tiba di KANSAI AIPORT pada pukul 940 malam.

PEMERIKSAAN IMIGRESEN DAN KASTAM DI LAPANGAN TERBANG KANSAI

keluar sahaja dari kapalterbang, kami berjalan menuju ke train yang akan membawa kami ke tempat Immigration. Urusan imigresen berjalan lancar. Cuma perlu letakan jari di atas mesin pengimbas dan gambar diambil. Kami kemudian ambil beg kami yang kami checkin sebelum ini dan terus ke kaunter pemeriksaan kastam. Sekali lagi tiada masalah langsung. Pegawai kastam cuma bertanya, “Are you one family?”. Bila kami jawab “yes”, dia terus benarkan kami keluar tanpa beg kami diperiksa. Alhamdulillah,semua bekalan makanan (beras, maggie, pancake mix, margarine, sambal ikan bilis, pes bermcm2 masakan dll)  dan ubat2/vitamin kami boleh dibawa masuk ke OSAKA.

Sebelum ini, kami ada terbaca tentang undang-undang ketat Jepun berkenaan ubat yang di bawa masuk. 

Membawa masuk ubat untuk kegunaan sendiri semasa melancong di Jepun. senarai barang makanan yang boleh di bawa masuk ke jepun. urusan immigration di lapangan terbang kansai jepun

MENAIKI BAS DARI LAPANGAN TERBANG KANSAI KE OSAKA  

Kami memilih menaiki bas dari KANSAI AIRPORT ke OSAKA kerana ia lebih selesa dan cepat. Kalau naik train/subway kami perlu berjalan dan naik turun escalator dengan beg yang besar, jadi agak menyusahkan. Lagipun suhu ketika kami sampai ialah negative 2C. Takut badan terkejut dengan perubahan suhu yang mendadak. Kalau jatuh sakit, lagi susah!

Sebaik sahaja keluar dari lapangan terbang KANSAI, kami terus tuju vending machine yang menjual tiket bas. Kami beli tiket bas pergi dan balik (KANSAI-OSAKA dan OSAKA-KANSAI) utk 5 orang dengan harga 2760 yen (RM 105) setiap seorang (pergi dan balik).

beli tiket bas KANSAI-OSAKA dari vending machine
Kemudian kami beratur di tempat bas.
Ada beberapa buah bas dengan destinasi berlain, jadi kena tengok papan tanda dan pastikan betul.

beratur di sini untuk menaiki bas

Kakitangan bas akan memasang tag pada beg yg akan disimpan di dalam tempat barang bas. 
Mereka kemudian serahkan resit kepada kami untuk baggage claim.


Sebelum naik bas, serahkan tiket pada pemandu bas. Perjalanan memakan masa selama satu jam dan kami memilih hentian HANKYU UMEDA HOTEL  kerana ia hentian paling dekat dengan AIRBNB kami.

Lebih kurang jam 1130 malam, bas berhenti di hadapan HANKYU UMEDA HOTEL dan kakitangan bas yg menunggu di situ terus mengeluarkan beg  dari tempat simpan barang bas. Kami perlu tunjuk resit baggage claim kepada mereka dan baru lah mereka serahkan beg kepada kami.


MENAIKI TEKSI DI OSAKA

Sebenarnya jarak ke AIRBNB kami tidak jauh, hanya perlu berjalan kaki dalam 15 minit. Tapi oleh sebab hampir tengah malam dan cuaca semakin sejuk (negative 2c), kami ambil teksi dari situ ke AIRBNB dengan harga 1000 yen. Sepatutnya kami berlima ambil 2 buah teksi, tapi oleh sebab jaraknya terlalu dekat, pemandu teksi itu membenarkan kami naik berlima. Teksi di Jepun ni lain sikit, pintu belakang tidak perlu kita buka. Pemandu yang mengawalnya, ia akan dibuka secara automatik. Tak perlu buka sendiri.

Setibanya kami di AIRBNB, kami masukkan kod yg diberi untuk membuka lock box. Di dalam lock box, ada kunci AIRBNB. Guna kunci untuk buka pintu.

AIRBNB kami. Gambar ini di ambil semasa kami checkout untuk pulang ke Malaysia

PENGINAPAN KAMI DI OSAKA, JEPUN

AIRBNB kami (https://www.airbnb.com/rooms/28467702?guests=1&adults=1) ini 3 tingkat.
Sejurus pintu dibuka. Terdapat ruang terhad. Yang ada cuma almari letak kasut dan payung. Tiada ruang lain di ground floor ini. Naik tangga ke tingkat 1, ada ruang tamu, dapur, tandas, bilik mandi, mesin basuh kain, ketuhar, peti sejuk ,microwave dan semua keperluan lain.
Bilik tidur terletak di tingkat 2. Ada 2 katil besar queen bed, 2 katil bertingkat single bed. Boleh tidur 8 orang. Heater pun ada, jadi tiada masalah tinggal di sini pada musim sejuk.   

Kumpulan kami terdiri daripada 5 orang berusia antara 21-54 tahun. Kami tiada masalah tinggal di rumah ini. Tapi rasanya untuk mereka yg ada anak kecil atau orang yg lebih tua yang ada masalah kesihatan, agak tidak sesuai kerana tangga dari ground floor ke tingkat 1 dan seterusnya ke tingkat 2 agak curam. Tapi rasanya beginilah keadaan kebanyakan rumah di sini.


PAKEJ INTERNET YANG KAMI GUNA SEMASA BERADA DI JEPUN

Internet ada disediakan di AIRBNB kami, tapi untuk penggunaan internet ketika kami keluar berjalan, kami beli pakej ROAMING MAN secara online, RM12 sehari. Kedainya terletak di KLIA2. Kami ambil modem pada hari kami bertolak ke OSAKA dan menghantar balik modem pada hari kami sampai di KLIA2 dari OSAKA.


Kami menyimpan makanan yang kami bawa di dalam kabinet, solat dan terus tidur kerana esok kami akan memulakan perjalanan kami awal pagi.

penginapan murah di jepun, menyewa rumah di jepun, penginapan murah di osaka jepun


No comments:

Post a Comment