Thursday, 7 March 2019

Bercuti di Osaka, Kyoto, Shiga & Nara (JEPUN) 2019 - Hari 5 OSAKA CASTLE & MANDAI


Hari ini hari ke-5 kami di OSAKA.

ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI SEMASA  DI OSAKA HARI INI IALAH:

AIRBNB-> OSAKA STATION->OSAKA CASTLE-> MOMODANI STATION (SERIA SHOP/MANDAI MART)-> OSAKA STATION ->AIRBNB

Hari ini kami tidak keluar awal. 
Kami memang bercadang untuk berehat setelah beberapa hari sebelum ini kami keluar awal pagi dan pulang malam. Hari ini kami keluar selepas makan tengahari dan solat.

Itinerari perjalanan percutian di osaka & kyoto, bajet bercuti di osaka & kyoto tanpa travel ejen, diy travel ke jepun bersama kelaurag, tips melancong ke jepun, jangan lakukan perkara ini ketika melancong ke jepun, ubat-ubatan yang dilarang untuk dibawa masuk ke jepun, maknan yang dilarang dibawa masuk ke jepun, 


CARA KAMI KE OSAKA CASTLE DARI OSAKA STATION

 

Kami menaiki OSAKA LOOP LINE ke OSAKAJOKOEN STATION. 
Kemudian berjalan ke OSAKA CASTLE. 

perjalanan ke osaka castle bermula
Mengikut laman web pelancongan JEPUN, bunga plum sudah mula mekar pada awal Februari dan salah satu tempat yang mempunyai banyak pokok plum ialah di OSAKA CASTLE PARK iaitu di sekeliling OSAKA CASTLE. Namun pada hari kami ke situ, pokok-pokok plum yang berderetan di situ semuanya tidak berdaun pun. Jadi hajat untuk melihat PLUM BLOSSOM tak kesampaian. 

Biasanya musim sejuk dipenuhi PLUM BLOSSOM dan bila masuk musim bunga, SAKURA/CHERRY BLOSSOM pula yang mekar.
osaka castle kelihatan dari jauh
mendaki ke osaka castle
dan terus mendaki lagi

Tapi OSAKA CASTLE pun sudah cukup menarik bagi kami. Walaupun terpaksa berjalan agak jauh dan mendaki bukit dari stesen ke sini, bila lihat OSAKA CASTLE, rasa berbaloi penat lelah. 

Bangunannya tinggi dan cantik. Untuk masuk ke dalam OSAKA CASTLE, bayaran dikenakan.
 Kami hanya meninjau kawasan sekeliling dan bergambar kenangan di sini.

akhirnya sampai ke osaka castle, sangat cantik!
 
osaka castle, jepun
bergambar di hadapan osaka castle jepun

Semasa kami di sini, terdapat seseorang lelaki Mat Salleh yang membuat persembahan akrobatik di hadapan istana ini. Bagi kami lagu yang di pasangnya agak kuat dan suaranya yang lantang agak mengganggu kawasan istana yang sepatutnya aman damai.  
Tapi ramai juga pengunjung yang berkumpul melihat persembahannya. Mereka nampak terhibur dan memasukkan duit ke dalam balang yang disediakan.
 

Jauh sedikit dari istana, terdapat beberapa gerai menjual makanan dan minuman. 
Ada juga seorang lelaki yang berpakaian Samurai lengkap. Kalau nak, boleh pakai kimono & pakaian samurai yang disediakan di situ dan bergambar dengannya. Gambar akan diambil menggunakan kamera kita sendiri dan kamera yang ada di situ. Kalau berkenan dengan gambar yang mereka ambil, kena bayar untuk dapatkan gambar. Kalau tak, memadailah dengan gambar dalam fon sendiri. Kami tak ambil gambar pun dengan Samurai ini sebab bila lihat gambar yang dia pamerkan sebagai contoh, nampak kedudukan latar belakang pemandangannya tak cantik.

bangunan di sebelah osaka castle
Kami kemudian berjalan ke stesen melalui osaka park untuk ke MOMODANI. 

berjalan pulang ke stesen MORINOMIYA

CARA KAMI KE MOMODANI DARI OSAKA CASTLE UNTUK MEMBELI-BELAH


Dalam perjalanan ke MORINOMIYA STATION, kami berhenti beli buah oren daripada seorang lelaki di tepi jalan, oren besar dan manis. 
Kemudian kami naik OSAKA LOOP LINE ke MOMODANI STATION. 
Kawasan ini bukanlah tempat kunjungan pelancong. Memang setiap kali kami melancong ke luar negara, kami juga akan melawat  ke tempat yang bukan tempat pelancong. Saja suka2 tengok kehidupan orang tempatan.

Kami berjalan2 dan akhirnya masuk ke kedai SERIA, kedai ini ala2 DAISO dan banyak cawangan di Jepun. Barang agak murah dan comel2. Kedai SERIA ialah salah sebuah kedai dalam kategori “100 YEN SHOP”. 

kedai seria, 100 yen shop di mandai
 Kami ternampak tisu dengan balutan kartun Jepun, terus kami beli sebab sesuai sangat untuk buat souvenier.
Harga pun murah je.

SOUVENIER MURAH dan UNIK di JEPUN


Lepas tu kami menyeberangi jalan ke MANDAI MART 
untuk beli buah-buahan dan roti. MANDAI MART ni kecil je. 



Alang2 kami di sini, kami terus beli 20 kotak biskut CHOCOCO untuk dijadikan souvenier  jugak. Biskut ini sebenarnya ada dijual di Family Mart di Malaysia dengan harga yang lebih mahal. Lebih enak dimakan kalau diletak dalam peti sejuk terlebih dahulu dan biskut ini disenaraikan HALAL dalam laman web halal jepun. 



Kami juga beli beberapa paket coklat MEJI di sini. coklat ini juga tersenarai sebagai makanan halal di jepun.
Hanya kami pelancong di sini, selainnya orang tempatan yang datang membeli-belah barang keperluan di supermarket ini.

Kami kemudiannya kembali ke AIRBNB untuk masak makan malam. 

Hari ini kena tidur awal dan banyak berehat sebab esok kami akan pergi ke KYOTO dan itinerari kami di sana sangat padat. Banyak berjalan nanti, tentu penat.





1 comment:

  1. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete