Wednesday 4 June 2014

Itinerari Percutian ke Gold Coast 6 Hari 5 Malam

PERSEDIAAN PERCUTIAN KE GOLD COAST


TIKET KAPALTERBANG
16 Februari 2014 - 21 Feb 2014
VISA
Tempahan visa (Eta) dibuat melalui laman web http://easyeta.com/
Bayarannya USD 9.95 setiap seorang.  Visa siap dalam masa beberapa jam sahaja dan pengesahan serta butiran dihantar melalui e-mel. Ini kali kedua kami menggunakan perkhidmatan easyeta. Kali pertama dulu ketika bercuti di Melbourne.

Passport
Kemas kini passport sebelum bertolak.
Penginapan
Penginapan ditempah melalui http://www.agoda.com/ tawaran istimewa AUD 400 untuk 6 hari 5 malam.
Apartment 2 bilik yang luas dan selesa di Breakfree BeachPoint Apartment, Surfers Paradise..
Peralatan Dapur yg tersedia:
Mesin basuh pinggan,  oven, microwave , peti sejuk, periuk, pinggan mangkuk/dulang/ gelas/sudu garpu dll.
Samak peralatan dengan sabun Tahara sebelum digunakan.
Peralatan Lain:
Mesin basuh kain,  mesin pengering kain,  pengering rambut, seterika,  papan seterika,  penyapu,  mop,  vacuum cleaner dll

Makanan/Ubat
Ubat yang dibawa sekiranya ada kecemasan: ubat asthma, panadol, ubat batuk, demam, selsema. Perlu ada surat dari doktor untuk mengesahkan bahawa ubat ialah untuk kegunaan peribadi.  
Bekalan makanan yang dibawa: Mi maggie, sambal kacang sate, serbuk nasi goreng segera, mushroom sup, pes masakan pelbagai jenis, kunyit, garam dll.
Declare semua makanan dan ubat yang dibawa dalam kad/borang yang diedarkan semasa atas kapal terbang.  

KERETA SEWA
Kereta di sewa dari Family car rental, http://www.familycarrentals.com.au/
Kereta Automatik Toyota Tarago/Estima AUD 399 untuk 5 hari
Maklumkan tempat tinggal,  umur pemandu dan kawasan yg nak dilawati dengan terperinci. Mereka akan cadangkan jenis kereta/usia kereta/harga sewa yang sesuai untuk bajet dan jenis perjalanan. Kereta yang disediakan untuk kami ketika di sana tidak tahan untuk melalui jalan berbukit kerana kami lupa memberitahu mereka bahawa kami bercadang ke Mt. Tamborine. 

Semua komunikasi dengan Family Car Rental adalah melalui e-mel sebelum bertolak lagi. Tak perlu ke tempat mereka apabila tiba di Gold Coast. Kereta sedia ada di lapangan terbang Gold Coast dan hantar semula ke tempat sama sebelum bertolak pulang ke Malaysia.

Tiket ke Taman Tema Movie World, Sea World, Wet n Wild.
Beli online di http://themeparks.com.au/
Harga AUD99 setiap tiket untuk masuk ke tiga-tiga Taman Tema iaitu SEA WORLD, MOVIE WORLD DAN WET n WILD. Sah sehingga June 2014.
Kami tidak ke Wet n Wild sebab ada itinerari lain.

 HARI 1 :BERTOLAK KE GOLD COAST


Semasa di lapangan terbang LCCT.
Semak dokumen di Kaunter Pemeriksaan Dokumen. Mereka akan semak sama ada Visa/ETA, passport dan tiket kita betul/sah atau tidak. (Boleh semak sebelum hari penerbangan jika berkesempatan)
Beratur di kaunter untuk check-in barang. Kami berenam sekeluarga tapi hanya dua orang beratur untuk checkin barang untuk enam orang. Lain halnya di Lapangan terbang Gold Coast, kami berenam semua diminta ke kaunter untuk checkin, tak boleh pakai wakil.

Tiba di lapangan terbang Coolangata.
a. Terus ke kaunter Imigration, tunjuk passport dan borang declaration tadi untuk dicop/tanda. 
b. Berjalan masuk dan jumpa pegawai yang sedia berdiri menunggu di situ. Jelaskan makanan dan ubat yang dibawa dan kad declaration akan ditanda dengan pen merah.
c. Ambil beg dari tempat bagasi dan beratur lagi hingga berjumpa dengan seorang lagi pegawai. Bergantung pada tanda pada borang declaration yang dibuat oleh pegawai sebelumnya, pegawai yang kedua ini akan arahkan kita untuk ikut salah satu laluan daripada dua laluan yang ada. Satu laluan untuk bagasi di buka dan di periksa dan satu lagi laluan untuk terus keluar dari kawasan imigration. Kami dibenarkan terus keluar saja tanpa di periksa (mungkin sebab dah declare bawa ubat dan makanan dan tidak ada yang mencurigakan).
d. Beli Pakej Internet di lapangan terbang.
e. Berjalan ke tempat letak kereta dan ikut panduan yang diberi dalam e-mel  oleh Family Car rental bagi mendapatkan kereta sewa yang siap di letak di kawasan tempat letak kereta lapangan terbang.
Masukkan kod seperti yang diterangkan dalam e-mel untuk membuka pintu kereta.
f. Singgah di cawangan kecil Woolworth yang dibuka 24 jam untuk beli roti, susu dll.
Tiba di Breakfree BeachPoint Apartment, Surfers Paradise.
 Sudah jam 11 malam, jadi reception dan pintu depan telah ditutup.
Kami tekan butang di tepi pintu dan ada orang dari dalam yang akan buka pintu secara jarak jauh. Masuk dan ambil kunci dan terus masuk apartment.

 Tentukan arah kiblat dan waktu solat. Ketika ini musim panas/summer. Pukul 430 pagi dah masuk subuh. Kedai2 dah pun dibuka seawal 6 pagi, waktu itu dah begitu cerah dan sudah pun ada yang mandi di pantai.

 Samak peralatan dapur dengan sabun Tahara.

 HARI 2 : BERCUTI DI SEAWORLD, GOLD COAST 

Beli makanan halal.
Bersarapan di apartmen dan kemudian keluar untuk beli makanan halal (ayam dan daging) dari ASIM’s HALAL MEAT. Boleh minta mereka perapkan ayam/daging dengan pelbagai perisa untuk di masak. Nugget, pai, dll ada dijual di sini. Bosnian sausage paling sedap. Di sini ada seorang lelaki bernama Ali yang berasal dari Singapura dan fasih berbahasa Melayu. Beli saja dari dia, senang dan sangat peramah.

Ke  SEAWORLD.
Masak bekal nasi putih, tomyam dan ayam goreng tandoori dan bosnian sausage. Kemudian memandu ke Seaworld yang hanya memakan masa 15 minit saja.
Setiba di Seaworld, tunjukkan  tiket yg dibeli online.
Beratur di kaunter. Setiap orang akan diambil gambar muka dan kad masuk theme park bergambar akan diberikan dalam 5 minit. Guna kad yg sama untuk masuk ke MOVIE WORLD dan WET n WILD PARK.
Beg dibenarkan bawa masuk tanpa di periksa. Surau ada di SeaWorld.

Boleh beli segelas soft drink di salah satu kedai di dalam Sea World dan kemudian refill/isi semula minuman pilihan dengan menunjukkan gelas yg sama di mana-mana kedai dalam Sea World sepanjang hari.

Boleh berkelah dan nikmati makanan yg dibawa di dalam atau di kawasan luar Sea World. Boleh keluar masuk ke Seaworld asalkan tunjuk kan kad bergambar tadi.  
Pertunjukan haiwan diadakan di tempat-tempat berlainan jadi kena lihat jadual dan masa.

Klik DI SINI untuk kisah di SeaWorld.

Pulang ke Surfers Paradise
Membeli-belah di Woolworth dan pulang untuk masak makan malam di apartment.

 HARI 3 : BERCUTI DI MOVIEWORLD, GOLD COAST


Memandu ke MovieWorld
 Bersarapan di apartment dan masak bekal. Kemudian memandu ke MovieWorld yang memakan masa lebih kurang 45 minit.

 Tiba di MovieWorld, tunjukkan kad bergambar untuk masuk.  Beg tak diperiksa dan boleh dibawa masuk. Boleh keluar masuk ke Movieworld dengan menunjukkan kad bergambar. Dan minuman  juga boleh di isi semula sepanjang hari asalkan guna gelas yang dibeli di Movieworld. Surau juga ada dan boleh makan bekal yang dibawa di dalam atau di luar kawasan Movieworld.

Semua pertunjukan diadakan di Big Screen, Main Street. Kalau nak bergambar dengan watak pun boleh dikatakan semuanya  berada di Main Street.

Klik DI SINI untuk kisah di MovieWorld.

Surfers Paradise Beach Front Market
Memandu pulang ke Surfers dan singgah di Beach Market/Flea market dan kemudian membeli-belah barang keperluan di Woolworth, Surfers Paradise.

 Masak makan malam di apartment.

HARI 4 : BERCUTI DI ALPACA FARM DI LAMINGTON NATIONAL PARK & BYRON BAY


Ke Alpaca Farm di Lamington National Park
 Bersarapan di apartmen dan memandu ke Canungra menuju ke Lamington National Park.
Pastikan minyak kereta di isi penuh sebab selepas Canungra tiada lagi stesen minyak di situ.
Sepanjang perjalanan boleh lihat koala liar atas pokok dan kanggaru di tepi jalan.
 Jalan di sini sempit dan bersimpang siur mendaki bukit.

Setiba di Mountain View Alpaca Farm, terus berjumpa tuan punya ladang dan beli makanan untuk Alpaca, AUD 3 satu beg. Tuan punya ladang juga akan bawa keluar seekor Alpaca untuk bergambar secara dekat. Dan boleh berjalan-jalan di sekitar ladang ini yg terletak di Lamington National Park.

Klik DI SINI untuk kisah di Alpaca Farm.


 Makan tengah hari di Nandos, Surfers Paradise
Dari Lamington menuju ke Byron Bay, kami singgah makan tengah hari di Nandos. Semak website Nandos Australia untuk mengetahui  cawangannya yang halal sebab ada cawangan yang tidak halal. Semuanya dinyatakan dengan terperinci di website Nandos Australia.

Memandu ke Byron Bay
 Memandu ke Byron Bay melalui Scenic Rim. Berjalan di sekitar Byron Bay melihat Light House dan keindahan sekitarnya dan singgah mandi di pantai di Byron Bay Conservation Park.
Kemudahan bilik persalinan/bilik mandi disediakan di sini. 

Klik DI SINI untuk kisah di ByronBay.

Memandu Pulang ke Surfers Paradise
 Berjalan-jalan dan makan malam di Surfers Paradise.
 Banyak restoran halal di sekitar surfers paradise. Boleh goggle atau perhatikan tanda halal di restoran atau tanya sendiri pekerja restoran.

 HARI 5 : SURFERS PARADISE BEACH, HARBOUR TOWN, PELICAN FEEDING, PELICAN BEACH


Harbour Town
 Bersarapan di apartment, kemudian mandi di pantai Surfers Paradise. Selepas itu ke Harbour Town untuk beli cenderahati dan barang lain.

Labrador
Labrador terletak hanya 10 minit dari Harbour Town dan kami makan tengah hari di Charis Seafood.
Di sini jugalah terdapat banyak burung pelican yang singgah untuk sesi Pelican Feeding.
Kemudian berjalan-jalan di sekitar Pelican beach yang tak jauh dari Charis Seafood.

Klik DI SINI untuk kisah di Pelican Feeding.


 Makan di Curry House, Labrador. Makanan di sini mesti order ikut set. Kalau ambil berasingan, kuah pun di caj sampai empat dolar.

Pulang ke Surfers Paradise
 Jalan2 di Surfers Paradise dan shopping di sana. Makan piza dan kebab  di kedai orang bosnia untuk makan malam.  Pulang ke apartment dan bersihkan apartmen. Keadaan aparment mestilah sama dengan keadaan ketika masuk agar tiada caj tambahan dikenakan.

HARI 6 : PULANG KE MALAYSIA


Memandu ke lapangan terbang Coolangata.
Tiba di lapangan terbang, terus ikut arahan Family Car Rental yang dinyatakan dalam e-mel untuk letak kereta dan kunci semula kod kereta. Kami tak pernah berurusan secara bersemuka dengan mereka sepanjang berada di sana. Kami hanya ikut arahan dalam e-mel dan semuanya menjimatkan masa dan berjalan lancar.

Bersarapan roti dan minum kopi di lapangan terbang. Semasa bersarapan, polis dan anjing pengesan datang dan anjing menghidu beg2 penumpang yang makan di situ untuk mengesan dadah. Kemudian anjing itu dibawa pula ke bahagian2 lain di lapangan terbang untuk tujuan yang sama.

Beratur di kaunter untuk check in bagasi. Tidak seperti ketika di Malaysia, semua penumpang dikehendaki berada di kaunter dan pegang tiket masing2. Kalau di Malaysia, cukup seorang wakil saja ke kaunter, yg lain tak ikut pun tak apa.

Ini ialah percutian kedua kami ke Gold Coast. Pertama kali ke sana ialah 19 tahun yang lalu.

Klik pautan di bawah: 


Percutian Keluarga di Gold Coast



Bercuti di Korea Selatan, klik DI SINI untuk itinerari perjalanan/gambar
Nami Island, Korea. bercutidikorea.blogspot.com

Bercuti di New Zealand, klik Di SINI untuk itinerari perjalanan/gambar
Queenstown, New Zealand. bercutidinewzealand.blogspot.com



 bercuti di gold coast, memandu di gold coast, makanan yang boleh di bawa ke gold coast, apa perlu di buat di airport gold coast, visa ke gold coast,