PERSEDIAAN PERCUTIAN KE GOLD COAST
TIKET
KAPALTERBANG
16 Februari 2014 - 21 Feb 2014
VISA
Tempahan
visa (Eta) dibuat melalui laman web http://easyeta.com/
Bayarannya
USD 9.95 setiap seorang. Visa siap dalam
masa beberapa jam sahaja dan pengesahan serta butiran dihantar melalui e-mel. Ini kali kedua kami menggunakan perkhidmatan easyeta. Kali pertama dulu ketika bercuti di Melbourne.
Passport
Kemas kini passport sebelum bertolak.
Penginapan
Penginapan
ditempah melalui http://www.agoda.com/ tawaran istimewa AUD 400 untuk 6
hari 5 malam.
Apartment
2 bilik yang luas dan selesa di Breakfree BeachPoint Apartment, Surfers
Paradise..
Peralatan
Dapur yg tersedia:
Mesin
basuh pinggan, oven, microwave , peti
sejuk, periuk, pinggan mangkuk/dulang/ gelas/sudu garpu dll.
Samak
peralatan dengan sabun Tahara sebelum digunakan.
Peralatan
Lain:
Mesin
basuh kain, mesin pengering kain, pengering rambut, seterika, papan seterika, penyapu, mop, vacuum cleaner dll
Makanan/Ubat
Ubat yang
dibawa sekiranya ada kecemasan: ubat asthma, panadol, ubat batuk, demam,
selsema. Perlu ada surat dari doktor untuk mengesahkan bahawa ubat ialah untuk
kegunaan peribadi.
Bekalan makanan
yang dibawa: Mi maggie, sambal kacang sate, serbuk nasi goreng segera, mushroom
sup, pes masakan pelbagai jenis, kunyit, garam dll.
Declare semua makanan dan ubat yang dibawa dalam kad/borang yang
diedarkan semasa atas kapal terbang.
KERETA SEWA
Kereta di
sewa dari Family car rental, http://www.familycarrentals.com.au/
Kereta
Automatik Toyota Tarago/Estima AUD 399 untuk 5 hari
Maklumkan
tempat tinggal, umur pemandu dan kawasan
yg nak dilawati dengan terperinci. Mereka akan cadangkan jenis kereta/usia kereta/harga sewa yang
sesuai untuk bajet dan jenis perjalanan. Kereta yang disediakan untuk kami ketika di sana tidak tahan untuk melalui jalan berbukit kerana kami lupa memberitahu mereka bahawa kami bercadang ke Mt. Tamborine.
Semua komunikasi dengan Family Car Rental adalah melalui e-mel sebelum bertolak lagi. Tak perlu ke tempat mereka apabila tiba di Gold Coast. Kereta sedia ada di lapangan terbang Gold Coast dan hantar semula ke tempat sama sebelum bertolak pulang ke Malaysia.
Semua komunikasi dengan Family Car Rental adalah melalui e-mel sebelum bertolak lagi. Tak perlu ke tempat mereka apabila tiba di Gold Coast. Kereta sedia ada di lapangan terbang Gold Coast dan hantar semula ke tempat sama sebelum bertolak pulang ke Malaysia.
Tiket ke Taman Tema Movie World, Sea World, Wet
n Wild.
Beli online
di http://themeparks.com.au/
Harga
AUD99 setiap tiket untuk masuk ke tiga-tiga Taman Tema iaitu SEA WORLD, MOVIE
WORLD DAN WET n WILD. Sah sehingga June 2014.
Kami
tidak ke Wet n Wild sebab ada itinerari lain.
HARI 1 :BERTOLAK KE GOLD COAST
Semasa
di lapangan terbang LCCT.
Semak
dokumen di Kaunter Pemeriksaan Dokumen. Mereka akan semak sama ada Visa/ETA,
passport dan tiket kita betul/sah atau tidak. (Boleh semak sebelum hari
penerbangan jika berkesempatan)
Beratur
di kaunter untuk check-in barang. Kami berenam sekeluarga tapi hanya dua orang
beratur untuk checkin barang untuk enam orang. Lain halnya di Lapangan terbang Gold
Coast, kami berenam semua diminta ke kaunter untuk checkin, tak boleh pakai
wakil.
Tiba di lapangan terbang Coolangata.
a. Terus ke kaunter Imigration, tunjuk passport dan
borang declaration tadi untuk
dicop/tanda.
b. Berjalan masuk dan jumpa pegawai yang sedia berdiri menunggu
di situ. Jelaskan makanan dan ubat yang dibawa dan kad declaration akan ditanda dengan pen merah.
c. Ambil beg dari tempat bagasi dan beratur lagi hingga
berjumpa dengan seorang lagi pegawai. Bergantung pada tanda pada borang declaration yang dibuat oleh pegawai
sebelumnya, pegawai yang kedua ini akan arahkan kita untuk ikut salah satu
laluan daripada dua laluan yang ada. Satu laluan untuk bagasi di buka dan di
periksa dan satu lagi laluan untuk terus keluar dari kawasan imigration. Kami
dibenarkan terus keluar saja tanpa di periksa (mungkin sebab dah declare bawa ubat dan makanan dan tidak
ada yang mencurigakan).
d. Beli Pakej Internet di lapangan terbang.
e. Berjalan ke tempat letak kereta dan ikut panduan yang
diberi dalam e-mel oleh Family Car
rental bagi mendapatkan kereta sewa yang siap di letak di kawasan tempat letak
kereta lapangan terbang.
Masukkan kod seperti yang diterangkan dalam e-mel untuk
membuka pintu kereta.
f. Singgah di cawangan kecil Woolworth yang dibuka 24 jam
untuk beli roti, susu dll.
Tiba di
Breakfree BeachPoint Apartment, Surfers Paradise.
Sudah jam 11 malam, jadi reception dan pintu
depan telah ditutup.
Kami tekan
butang di tepi pintu dan ada orang dari dalam yang akan buka pintu secara jarak
jauh. Masuk dan ambil kunci dan terus masuk apartment.
Tentukan arah kiblat dan waktu solat. Ketika
ini musim panas/summer. Pukul 430 pagi dah masuk subuh. Kedai2 dah pun dibuka
seawal 6 pagi, waktu itu dah begitu cerah dan sudah pun ada yang mandi di
pantai.
Samak peralatan dapur dengan sabun Tahara.
HARI 2 : BERCUTI DI SEAWORLD, GOLD COAST
Beli makanan halal.
Bersarapan
di apartmen dan kemudian keluar untuk beli makanan halal (ayam dan daging) dari
ASIM’s HALAL MEAT. Boleh minta mereka perapkan ayam/daging dengan pelbagai perisa
untuk di masak. Nugget, pai, dll ada dijual di sini. Bosnian sausage paling
sedap. Di sini ada seorang lelaki bernama Ali yang berasal dari Singapura dan
fasih berbahasa Melayu. Beli saja dari dia, senang dan sangat peramah.
Ke SEAWORLD.
Masak
bekal nasi putih, tomyam dan ayam goreng tandoori dan bosnian sausage. Kemudian
memandu ke Seaworld yang hanya memakan masa 15 minit saja.
Setiba di
Seaworld, tunjukkan tiket yg dibeli
online.
Beratur di
kaunter. Setiap orang akan diambil gambar muka dan kad masuk theme park
bergambar akan diberikan dalam 5 minit. Guna kad yg sama untuk masuk ke MOVIE
WORLD dan WET n WILD PARK.
Beg
dibenarkan bawa masuk tanpa di periksa. Surau ada di SeaWorld.
Boleh
beli segelas soft drink di salah satu
kedai di dalam Sea World dan kemudian refill/isi
semula minuman pilihan dengan menunjukkan gelas yg sama di mana-mana kedai
dalam Sea World sepanjang hari.
Boleh
berkelah dan nikmati makanan yg dibawa di dalam atau di kawasan luar Sea World.
Boleh keluar masuk ke Seaworld asalkan tunjuk kan kad bergambar tadi.
Pertunjukan
haiwan diadakan di tempat-tempat berlainan jadi kena lihat jadual dan masa.
Klik DI SINI untuk kisah di SeaWorld.
Pulang ke Surfers Paradise
Membeli-belah
di Woolworth dan pulang untuk masak makan malam di apartment.
HARI 3 : BERCUTI DI MOVIEWORLD, GOLD COAST
Memandu ke MovieWorld
Bersarapan di apartment dan masak bekal. Kemudian
memandu ke MovieWorld yang memakan masa lebih kurang 45 minit.
Tiba di MovieWorld, tunjukkan kad bergambar
untuk masuk. Beg tak diperiksa dan boleh
dibawa masuk. Boleh keluar masuk ke Movieworld dengan menunjukkan kad
bergambar. Dan minuman juga boleh di isi
semula sepanjang hari asalkan guna gelas yang dibeli di Movieworld. Surau juga
ada dan boleh makan bekal yang dibawa di dalam atau di luar kawasan Movieworld.
Semua
pertunjukan diadakan di Big Screen, Main Street. Kalau nak bergambar dengan
watak pun boleh dikatakan semuanya berada di Main Street.
Klik DI SINI untuk kisah di MovieWorld.
Surfers Paradise Beach Front Market
Memandu
pulang ke Surfers dan singgah di Beach Market/Flea market dan kemudian membeli-belah
barang keperluan di Woolworth, Surfers Paradise.
Masak makan malam di apartment.
HARI 4 : BERCUTI DI ALPACA FARM DI LAMINGTON NATIONAL PARK & BYRON BAY
Ke Alpaca Farm di Lamington National Park
Bersarapan di apartmen dan memandu ke Canungra
menuju ke Lamington National Park.
Pastikan
minyak kereta di isi penuh sebab selepas Canungra tiada lagi stesen minyak di
situ.
Sepanjang
perjalanan boleh lihat koala liar atas pokok dan kanggaru di tepi jalan.
Jalan di sini sempit dan bersimpang siur
mendaki bukit.
Setiba di
Mountain View Alpaca Farm, terus berjumpa tuan punya ladang dan beli makanan
untuk Alpaca, AUD 3 satu beg. Tuan punya ladang juga akan bawa keluar seekor
Alpaca untuk bergambar secara dekat. Dan boleh berjalan-jalan di sekitar ladang
ini yg terletak di Lamington National Park.
Klik DI SINI untuk kisah di Alpaca Farm.
Makan
tengah hari di Nandos, Surfers Paradise
Dari
Lamington menuju ke Byron Bay, kami singgah makan tengah hari di Nandos. Semak
website Nandos Australia untuk mengetahui cawangannya yang halal sebab ada cawangan yang
tidak halal. Semuanya dinyatakan dengan terperinci di website Nandos Australia.
Memandu ke Byron Bay
Memandu ke Byron Bay melalui Scenic Rim.
Berjalan di sekitar Byron Bay melihat Light House dan keindahan sekitarnya dan
singgah mandi di pantai di Byron Bay Conservation Park.
Kemudahan
bilik persalinan/bilik mandi disediakan di sini.
Klik DI SINI untuk kisah di ByronBay.
Memandu Pulang ke Surfers Paradise
Berjalan-jalan dan makan malam di Surfers
Paradise.
Banyak restoran halal di sekitar surfers paradise.
Boleh goggle atau perhatikan tanda halal di restoran atau tanya sendiri pekerja
restoran.
HARI 5 : SURFERS PARADISE BEACH, HARBOUR TOWN, PELICAN FEEDING, PELICAN BEACH
Harbour Town
Bersarapan di apartment, kemudian mandi di
pantai Surfers Paradise. Selepas itu ke Harbour Town untuk beli cenderahati dan
barang lain.
Labrador
Labrador
terletak hanya 10 minit dari Harbour Town dan kami makan tengah hari di Charis
Seafood.
Di sini
jugalah terdapat banyak burung pelican yang singgah untuk sesi Pelican Feeding.
Kemudian
berjalan-jalan di sekitar Pelican beach yang tak jauh dari Charis Seafood.
Klik DI SINI untuk kisah di Pelican Feeding.
Makan di Curry House, Labrador. Makanan di
sini mesti order ikut set. Kalau ambil berasingan, kuah pun di caj sampai empat
dolar.
Pulang ke Surfers Paradise
Jalan2 di Surfers Paradise dan shopping di
sana. Makan piza dan kebab di kedai
orang bosnia untuk makan malam. Pulang
ke apartment dan bersihkan apartmen. Keadaan aparment mestilah sama dengan
keadaan ketika masuk agar tiada caj tambahan dikenakan.
HARI 6 : PULANG KE MALAYSIA
Memandu ke lapangan terbang Coolangata.
Tiba di lapangan
terbang, terus ikut arahan Family Car Rental yang dinyatakan dalam e-mel untuk
letak kereta dan kunci semula kod kereta. Kami tak pernah berurusan secara bersemuka
dengan mereka sepanjang berada di sana. Kami hanya ikut arahan dalam e-mel dan
semuanya menjimatkan masa dan berjalan lancar.
Bersarapan
roti dan minum kopi di lapangan terbang. Semasa bersarapan, polis dan anjing
pengesan datang dan anjing menghidu beg2 penumpang yang makan di situ untuk
mengesan dadah. Kemudian anjing itu dibawa pula ke bahagian2 lain di lapangan
terbang untuk tujuan yang sama.
Beratur
di kaunter untuk check in bagasi. Tidak seperti ketika di Malaysia, semua
penumpang dikehendaki berada di kaunter dan pegang tiket masing2. Kalau di
Malaysia, cukup seorang wakil saja ke kaunter, yg lain tak ikut pun tak apa.
Ini ialah percutian kedua kami ke Gold Coast. Pertama kali ke sana ialah 19 tahun yang lalu.
Klik pautan di bawah:
Percutian Keluarga di Gold Coast
Bercuti di Korea Selatan, klik DI SINI untuk itinerari perjalanan/gambar
Nami Island, Korea. bercutidikorea.blogspot.com |
![]() |
Queenstown, New Zealand. bercutidinewzealand.blogspot.com |
This comment has been removed by the author.
ReplyDeletehai sis.. saya akan ke surfers paradise bulan 8 nt.. bole x sis email ape barang yang bole di bawa seperti jenis makanan, ubatan n barangan lain..
ReplyDeletefarra_tieta@yahoo.com.my
tq sis... :)
Salam Farrah,
ReplyDeleteIni antara barang yg kami bawa untuk kegunaan sekeluarga:
MAKANAN
Mi Maggie/Mi sedaap (sup kari dan goreng), Mushroom soup (serbuk), Ikan bilis, Kuah satay segera, Serbuk kunyit, Serbuk cili, Kuib ayam, kuib ikan bilis
Pelbagai pes/perencah segera untuk masak Tomyam, Kari, masak lemak cili padi, masak merah
Paste Nasi goreng segera (pelbagai jenis untuk masak nasi goreng kampong, nasi goreng china, nasi goring belacan dll ).
Beras, gula, susu, minyak masak, gula, garam dll, kami beli di Woolworth, Surfers Paradise. Daging/ayam dan makanan halal lain kami beli di Kedai Asim.
BEKALAN UBAT (bersama surat pengesahan dari doktor)
Paracetamol (demam), ubat batuk (cecair), inhaler, ubat alahan/alergi, ubat selsema, pelbagai vitamin
Lain2
Peralatan mandi (Semuanya saiz botol kecil)
Assalam. Sy cadang nk ke sana tahun depan. Kalau drive sendiri ke sana susah x. Adakah kena ada lesen antabangsa utk drive kat sana atau memadai lesen yg sedia ada. Lagi satu mcm maner sistem parking kat surfers paradise n theme park.
ReplyDeleteWaalaikummussalam Fizi Sara,
ReplyDeleteMEMANDU DI GOLD COAST
Tak susah, sama macam Malaysia, guna “righthand drive”.
Petunjuk/signage jalan banyak, insyaAllah tak sesat.
LESEN MEMANDU ANTARABANGSA
Saya tak pasti kena ada atau tidak tapi bagi saya untuk mengelak perkara yang tak diingini, saya buat juga lessen antarabangsa sebelum ke Gold Coast.
SISTEM PARKING GOLD COAST
Di Theme park, outdoor parking (percuma)
Di Surfers Paradise, road side parking (parking meter)
As salam...saya akan ke Gold Coast July tahun depan...di apartment ada disediakan periuk nasi ker?
ReplyDeleteWaalaikummussalam,
ReplyDeleteDi apartment tempat kita orang menginap tak ada 'rice cooker'. Kita masak nasi guna periuk biasa saja.
Salam,
ReplyDeletePakej internet ape yer yang awk beli kat airport? boleh cite skit, ktne nak kena beli.
Salam,
ReplyDeletePakej internet ape yer yang awk beli kat airport? boleh cite skit, ktne nak kena beli.
salam,
ReplyDeletebetul ke harga apartment tu 400 aud untuk 6 hari 5 malam?
sebab bukak balik agoda, dia tulis untuk per night.
ke saya yg salah faham
tq btw
Assalamulaikum
ReplyDeleteNak tanya berapa kos belanja selain hotel dan kenderaan selama 6 hari di sana.
Anggaran Rm bawa ke sana
There are many companies which provide the car rental services and their work criteria depend on their services. I also visit a website which provides car rental service and i really appreciate their services. Their services are according to their client comfort.
ReplyDeletecar rentals gold coast /Gold Coast Car Rental Airport
This comment has been removed by the author.
ReplyDeleteIf you've an used car and want money for it. An offer for cash for cars Brisbane is awaiting you.
ReplyDeleteHi sis, saya akan ke australia early next year. Berkenaan bekalan ubatan yg hendak dibawa perlukan surat doktor swasta atau kerajaan sis?
ReplyDeleteMaaf kerana lambat respons. Kami dapatkan surat dari doktor swasta. Rasanya klinik kerajaan pun ok. Tapi bila tiba di australia, dia org tak cek barang kami, jadi surat pun dia org tak tgk.
Delete