Saturday 9 May 2015

Itinerari Percutian ke Hongkong , 5 Hari 4 Malam

Itinerari Percutian ke Hongkong , 5 Hari 4 Malam

PERSEDIAAN PERCUTIAN KE HONGKONG

Tiket kapalterbang
Airasia : 19 April 2015 – 23 April 2015

VISA
Tidak di perlukan

Passport
Kemas kini passport sebelum bertolak.

Penginapan
Penginapan (apartmen berhawa dingin dgn hot water heater) dengan WIFI percuma yg laju , ditempah melalui http://www.airbnb.com untuk 5 hari 4 malam.

Kami perlukan apartmen  kerana memang bercadang untuk masak sarapan dan makan malam. Cuma makan tengah hari saja di luar. Kami telah sedia maklum keadaan apartmen (mungkin lebih tepat dipanggil flat) yang kecil kerana semuanya telah dinyatakan secara terperinci di laman web airbnb.
Ini kali kedua kami menggunakan perkhidmatan Airbnb. Kali pertama dulu, ketika kami terpaksa transit dan menginap di Tugun, Queensland. Setakat ini kami tidak menghadapi apa2 masalah dengan Airbnb.

Peralatan Dapur yg tersedia:
Microwave , cerek elektrik, peti sejuk, periuk (satu sahaja), pinggan mangkuk/mug/sudu garpu, sabun basuh pinggan, span basuh pinggan, tisu dapur.

Samak peralatan dengan sabun Tahara sebelum digunakan.

Peralatan Lain:
Mesin basuh kain,  sabun basuh kain, pengering rambut, tuala (6), plastik sampah, selipar (6 pasang), sabun mandi, syampu, ubat gigi/berus gigi (untuk 6 orang)

Makanan/Ubat
Ubat yang dibawa sekiranya ada kecemasan: ubat asthma, panadol, ubat batuk, demam, selsema.
Bekalan makanan yang dibawa: Kami masak di Malaysia (sambal ikan bilis, rendang, gulai, nasi goreng) dan apabila tiba di apartmen di Hongkong, makanan yg telah dimasak disimpan di dalam freezer. Kemudian kami panaskan untuk sarapan/makan malam. Kami juga bawa bekalan makanan segera spt mi maggie, tepung pancake, mushroom sup, muffin dan pelbagai perisa roti dll.

PENGANGKUTAN DI HONGKONG
Kami bergerak di Hongkong dengan menaiki MRT dan Tramways atau Dingding

Tiket ke Disneyland dan The Peak.
Tiket Disneyland kami beli secara online di https://www.hongkongdisneyland.com
Kebetulan ketika itu ada tawaran, untuk setiap tiket yang dibeli oleh rakyat Malaysia dan Indonesia, akan diberikan baucar makan percuma. Sah sehingga Jun 2015.

Mulanya kami bercadang untuk membeli tiket The Peak dari StarMoonVacation kerana ada terbaca harganya lebih murah. Tapi apabila kami cuba buat pembelian seminggu sebelum ke Hongkong, kami diberitahu tiket ke The Peak sudah kehabisan stok. Kena tunggu 2 minggu. Oleh sebab dah tak sempat, kami beli tiket The Peak dari kaunter China Travel Service CTS sebaik saja tiba di Lapangan Terbang Hongkong. Kami dapati harganya  lebih murah sedikit daripada harga online di starmoonvacation.

HARI 1 :BERTOLAK KE HONGKONG

Putrajaya=> KLIA2
Kami park kereta di Putrajaya Central (RM 4 sehari) kerana harganya lebih murah berbanding di KLIA2 (RM 46 sehari).
Kami menaiki ERL (RM 6.20 seorang) ke KLIA2.

Semasa di lapangan terbang KLIA2.
Kami berlima sekeluarga tapi hanya seorang yg bayar untuk check-in beg, yg lain cuma bawa “hand-carry” baggage.  Semasa di kaunter untuk check-in/ ‘baggage drop’, pegawai di kaunter hanya minta untuk menyemak  tiket/passport penumpang yg perlu buat “baggge drop” saja. Lain halnya di Lapangan terbang Hongkong, kami berlima diminta menunjukkan kelima-lima tiket/passport walaupun hanya seorang saja yg perlu buat checkin/baggage drop.

Semasa Penerbangan
Isi borang Imigresen. Tak perlu declare barang yg di bawa. Cuma isi butiran passport dan alamat tempat tinggal di Hongkong.

Tiba di lapangan terbang Hongkong.

a. Turun dari kapal terbang terus dibawa menaiki bas ke terminal.

b.  Semasa berjalan ke kaunter Imigresen, ada beberapa orang pegawai yg memerhati. Mereka akan menyuruh beberapa orang, secara rawak, untuk berhenti dan diperiksa suhu badan. 

b. Di kaunter Imigresen, tunjuk passport dan borang yang di isi untuk dicop. Jika tiada masalah, pegawai imigresen akan beri sekeping kertas kecil yg mencatatkan tempoh masa kita boleh berada di Hongkong. Contohnya untuk kami, kami boleh berada di Hongkong sehingga pertengahan Julai 2015.   

c. Ambil beg dari tempat bagasi dan pilih sendiri jalan keluar. Ikut papan tanda merah jika anda rasa anda bawa barang terlarang yang perlu diperiksa dan ikut papan tanda hijau jika tiada keperluan berbuat demikian. Beberapa orang pegawai akan menunggu di kedua-dua laluan ini. Kami ikut papan tanda hijau, dan tiada seorang pun pegawai yg memanggil kami untuk beg kami diperiksa.  Tapi lelaki yg berjalan sendirian di sebelah kami melalui papan tanda hijau, dipanggil dan begnya diperiksa.

d. Di lapangan terbang kami:
-beli kad octopus di MTR Customer Service centre. Deposit HKD 50 dan HKD 9 akan ditolak daripada deposit sekiranya anda ingin dapatkan refund sebelum pulang ke Malaysia. Kami beli HKD 250 tiap seorang.

-pakej Internet di kedai 1010

-tiket the Peak Sky Terrace dari kaunter CTS China Travel Service (kaunter ini ditutup pada pukul 10 mlm)

e. Guna kad octopus untuk menaiki bas A21 dari airport ke Kowloon. Semasa di atas bas, kami menghubungi pemilik  apartment untuk memberitahu kami akan sampai dalam masa 45 minit.

f. Kami turun dari bas A21 di perhentian bas di hadapan Nathan Hotel dan terus menghubungi pemilik apartment sekali lagi. Dalam sepuluh minit, pemilik apartment datang menemui kami dan membawa kami berjalan kaki ke apartment yg terletak betul2 di hadapan Temple Street Night Market. (perjalanan lebih kurang sepuluh minit)

g. Tiba di apartment
 Tentukan arah kiblat dan waktu solat. Ketika ini, pukul 5 sudah subuh dan pukul 6 sudah syuruk.

Samak peralatan dapur dengan sabun Tahara.

Klik DI SINI untuk kisah hari pertama di Hongkong.


 HARI 2 : BERCUTI DI DISNEYLAND HONGKONG 

Bersarapan di apartmen .

Berjalan dlm 5 minit ke stesen MTR Jordan , naik MTR dan berhenti di stesen Central.
Dari Central tukar line ke Sunny Bay dan tukar ke Disney Resort line.

Setiba di Disneyland, kami ke kaunter untuk dapatkan baucar makan. Tunjukkan resit pembelian tiket online dan mereka akan beri tiket serta baucar untuk satu set makanan termasuk minuman.
Di pintu masuk, beg diperiksa dengan terperinci, makanan luar tidak dibenarkan masuk.
Kami bawa botol kosong dan isi air dari drinking fountain yg ada di merata-rata tempat untuk minum.
Kalau tak bawa botol, boleh minta cawan dari mana-mana restoran dlm Disneyland.
Kami makan  tengah hari menggunakan baucar di restoran halal The  Tahitian Terrace dan Solat di CityHall.

Dalam banyak2 pertunjukan di sini, Paint The Night Parade amat menghiburkan. Ini adalah pertunjukan yg baru diperkenalkan mulai Sep 2014.

Temple Street Night Market
Pulang dan berjalan2 sambil melihat2 barang di Temple street market. Pada pendapat kami, barang di Temple Street Night Market lebih murah berbanding Ladies Market.

Makan malam di apartment.

Klik Di SINI untuk kisah di Hongkong Disneyland.




 HARI 3 : BERCUTI DI The Peak, Hongkong Park, Southon Park, Masjid Ammar, tram/dingding ,Avenue of Stars

Sarapan pagi di apartment.

Sediakan botol air untuk isi air minum (water fountain byk di sekitar Hongkong). Kami bawa bekal roti, muffin dll kerana hari ini kami akan berjalan agak jauh.

THE PEAK
Naik MTR dari Jordan ke Central.
Berjalan kaki selama 5-10 minit ke Tram Terminus.

Sampai di Terminus, sudah ramai orang yg beratur untuk beli tiket dan lebih ramai lagi yang sedang beratur untuk menaiki Tram. Tapi nasib menyebelahi kami. Oleh kerana kami antara beberapa org pelancong yg tidak mengikuti tour group, kami di suruh untuk terus naik tram yg tiba sejurus kemudian. . Semua pengurus tour group tidak mahu pelanggan2nya terpisah dari kumpulan, jadi mereka sanggup  menunggu tram seterusnya. Jadi kami hanya menunggu dalam 10 minit saja sebelum menaiki Tram.

Sampai di Sky Terrace, ada pegawai menunggu dan memberi alat audio untuk kita pakai dan dengar kisah tentang The Peak.

Klik DI SINIuntuk kisah di The Peak.


HONGKONG PARK
Dari The Peak kami berjalan 5 minit ke Hongkong Park. Taman ini cantik dan menjadi tempat pekerja pejabat singgah untuk makan tengah hari dengan bekal yang dibawa/dibeli .

Dari Hongkong Park kami berjalan kaki ke Ebenezeer  Pizza. Tempat duduk amat terhad di restoran ini, tambahan pula semasa kami sampai di situ sudah waktu makan tengah hari, jadi kami beli/bungkus pizza dan nasi arab. Kami berjalan kaki dalam 5 minit ke Southon Park dan makan di sini. Ramai pekerja pejabat yang membeli atau membawa bekal makanan untuk di makan di taman ini. Ramai juga yang bermain bola keranjang/bola sepak di sini.

Masjid Ammar.
Selepas makan, kami berjalan kaki ke Masjid Ammar di Wan Chai untuk solat jamak zuhur/asar.
Orang2 yang ada di masjid ini sangat peramah. Kami disapa oleh salah seorangnya. Katanya dia melawat Malaysia setiap tahun. Dia yang fasih berbahasa Inggeris mencadangkan kami melawat masjid tertua/bersejarah di Hongkong. Tapi sayang sekali kami kesuntukan masa.

Klik DI SINI untuk Kisah di Hongkong Park.


KENNEDY TOWN dan HERITAGE 1808.

Dari Masjid Ammar, kami naik Dingding/tram ke Kennedy Town untuk melihat pemandangan tepi laut yg cantik.

Naik MTR ke Central, tukar MTR line ke Tsim Tha Sui.

Keluar stesen saja, terus sampai di Heritage 1808 dan bergambar serta berjalan2 melihat pemandangan/bangunan di situ.

AVENUE OF STARS

Kami berjalan ke Avenue of Stars.
Pemandangan di sini cantik tapi tandas awamnya tersangatlah kotor.
Kami tunggu sehingga habis pertunjukan Symphony of lights, kemudian bergerak pulang ke apartment.

Temple Street Night Market
Beli barang di Temple Street Night Market, barangnya lebih murah berbanding Ladies Market.

Makan malam di apartment

Klik DI SINI untuk kisah di Avenue of Stars.



HARI 4 :
a.       HONGKONG OBSERVATION/FERRIS WHEEL, IFC MALL
b.      Makan tengah hari/Dimsum Di Masjid Ammar
c.        Ladies Market,
d.      SHOE MARKET FA YUEN,
e.      ARGYLE

Naik MTR ke Tsim Tha sui.

Beli perfume di kedai Goodyear.
Ada tawaran/sale, harganya lebih murah dan ada tawaran beli satu percuma satu. Jurujualnya juga peramah.
 
Naik Star Ferry ke Central.
Bergambar dengan latar belakang  Hongkong Observation/Ferris Wheel.
Bersiar-siar di  IFC Shopping Mall.

Naik Dingding/tram dari IFC ke Wan Chai dan makan tengah hari/dimsum  serta solat di Kantin Masjid Ammar.
Kantin ini dibuka kepada semua kecuali hari Jumaat, Sabtu dan Ahad, ia dikhaskan untuk orang Islam sahaja.

LADIES MARKET

Naik MTR ke Central dan ambil MTR ke Mongkok.

Beli-belah di Ladies Market. Kami disapa dalam Bahasa Malaysia oleh beberapa orang peniaga hongkong. Ada seorang wanita muda berbadan kecil yang menjual T-shirt dan begitu fasih berbahasa Malaysia. Apabila ditanya, katanya dia cuma boleh bertutur sekadar untuk menjual barang sahaja. Tapi memang kami berbahasa Malaysia dengannya dari awal hingga akhir. (Kami beli Tshirt darinya).

Semasa berjalan2 di Ladies market, kadangkala terdengar peniaga menjerit “murah!, murah! Singgah dulu!” Seronok juga berjalan di hongkong dan terdengar orang Hongkong menjerit sebegitu dalam bahasa Malaysia.

Kami ada terbaca tentang ‘kekasaran’ peniaga di Ladies Market tapi pengalaman kami berbeza.
Kami dapati peniaga di sini peramah dan bertolak ansur. Mungkin kami bernasib baik.

SHOE MARKET di FA YUEN
Berjalan ke Shoe Market di Fa Yuen, tapi kasut2 sukan berjenama  di sini agak mahal jadi kami tak beli apa2 pun. Untuk jenama yg sama, rasanya harga di Malaysia lebih murah.

ARGYLE SHOPPING COMPLEX
Berjalan ke pusat beli-belah di Argyle. Ini lah tempat orang Hongkong tempatan membeli-belah. Keadaan di sini seperti Sg Wang Plaza tapi kedai2nya jauh lebih kecil. Banyak baju yg cantik untuk wanita dan harga agak murah berbanding Malaysia. (RM30-40 untuk blaus labuh yg cantik/tidak biasa di lihat di Malaysia).

Pulang ke apartmen.
 Lepas magrib ambil MTR ke Tsim Tha Sui dan makan malam di kedai Arab.
Hati2 mencari makanan halal di Hongkong. Banyak restoran, terutamanya restoran India yg mempamerkan logo halal pada menu dan risalah yg diedarkan tapi sebenarnya mereka tiada sijil halal. 

Klik DI SINI untuk kisah di Hari ke 4.



HARI 5 : PULANG KE MALAYSIA

Naik Bas A21 dari stesen di Temple STreet terus ke airport.

 “Baggage drop di kaunter. Walaupun hanya seorang penumpang saja ingin buat “baggage drop”, pegawai di kaunter minta kami tunjuk semua tiket dan passport untuk diperiksa.

Serahkan octopus kad di MTR Customer Service centre dan dapatkan refund (caj perkhidmatan sebanyak HKD 9 dikenakan)

Berjalan ke kaunter imigresen, tunjuk passport.

Makan di Restoran Popeye (halal).
 Kami diberitahu bahawa dulu restoran ini terletak di luar bahagian imigresen dan hanya berpindah ke dalam bahagian imigresen baru-baru ini.

Pulang ke Malaysia.


Bercuti di Korea Selatan, klik DI SINI untuk itinerari perjalanan/gambar

Petite France, Korea. bercutidikorea.blogspot.com


Bercuti di New Zealand, klik Di SINI untuk itinerari perjalanan/gambar
Queenstown, New Zealand. bercutidinewzealand.blogspot.com