Tuesday 2 April 2019

ITINERARI PERJALANAN KE JEPUN musim sejuk

Itinerari perjalanan ke Osaka, Itinerari perjalanan ke Kyoto, Itinerari perjalanan ke Shiga, Itinerari perjalanan ke Nara, Itinerary percutian di osaka, itinerary percutian di kyoto, itinerary percutian di jepun

Itinerari percutian ke Jepun pada musim Sejuk 2019


Itinerari percutian di Osaka, Jepun Hari-1

29 Januari 2019
Shah Alam => KLIA2 (Kereta)
KLIA2 ==> KANSAI Airport, Jepun (Air asia)
KANSAI airport ==> Osaka Station (bas)
Osaka Station ==> Airbnb, Osaka (teksi)
KLIK: HARI 1

Itinerari percutian di Osaka, Jepun Hari ke-2

30 Januari 2019
Airbnb ==> Universal Studio Japan (Train)
KLIK: HARI 2

Itinerari percutian di Osaka, Jepun Hari-3

31 Januari 2019
Airbnb==>Osaka Aquarium Kaiyukan (Train)
==> Tempozan Market ==> Beli souvenir (Jalan kaki)
==> Gift shop, tepi jalan (Jalan kaki)
==> makan tengah hari di ALI’s Kitchen Halal Restaurant (Train)
==> Beli beras dan ayam halal di Osaka Spice shop (Train)
KLIK: HARI 3

Itinerari percutian di Shiga, Jepun Hari-4

1 Februari 2019
Airbnb ==> Lobi Hearton Hotel (Jalan kaki)
 ==> Main Salji di Biwako Valley (Bas Limon)
KLIK: HARI 4

Itinerari percutian di Osaka, Jepun Hari-5

2 Februari 2019
Airbnb ==> Osaka Castle (Train)
==> Beli Souvenir dan makanan di Mandai (Train)
KLIK: HARI 5

Itinerari percutian di Kyoto, Jepun Hari-6

3 Februari 2019
Airbnb ==> Arashiyama Bamboo Forest (Train & Tram Randen)
==> Togetsukyo Bridge (Jalan kaki)
==> Kimono Forest (jalan kaki)
==> Ninenzaka (Tram Randen & Train)
==> Kiyomizudera (jalan kaki)
==> Makan tengah hari di Salman & Sohel Restaurant (Train)
==> Fushimi Inari (Train)
KLIK: HARI 6

Itinerari percutian di Nara, Jepun Hari-7

4 Februari 2019
Airbnb ==> Nara deer Park (Train)
==> Nandaimon GateTodai-ji Temple (Jalan kaki)
==> Makan tengah hari di PY Halal Kitchen (jalan kaki)
==> Dotonbori (Train)
==> Makan malam di Mos Burger, Namba Station (jalan kaki)
KLIK: HARI 7

Itinerari percutian di Osaka, Jepun Hari-8

5 Februari 2019
Airbnb ==>  Simpan beg dlm locker, Hankyu Umeda Station (jalan kaki)
==> Pokemon Centre, Daimaru Umeda (jalan kaki)
==> Kansai Airport (Bas)
==> KLIA2 (air asia)
KLIK: HARI 8


penginapan murah di jepun, menyewa rumah di jepun, penginapan murah di osaka jepun

tips travel ke jepun, pengalaman ke osaka castle jepun, laluan train di osaka yang perlu anda fahami, pengalaman ke Osaka castle, cara jimat melancong diy ke osaka jepun




  





Sunday 17 March 2019

Bercuti di Singapore : Day 3 & 4 SENTOSA ISLAND (UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE)


Hari ini kami akan ke 

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS).



Sekali lagi,
 kami bersarapan di Restoran ALQAYYUM yang terletak dekat dengan AIRBNB kami sebelum memulakan perjalanan
ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE. menu sarapan di sini lengkap seperti menu makan tengah hari. Kalau nak makan beriani untuk sarapan pun , semua ada.



CARA KAMI BELI TIKET UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

Untuk mengelak daripada beratur panjang untuk membeli tiket di kaunter USS,
kami beli secara online seminggu sebelum bertolak ke Singapura. Bila hendak masuk ke USS, tunjukkan printed voucher yang di email selepas kita buat pembelian. Kalau tak print pun tak apa, boleh tunjuk je voucher dalam handphone kita.
Kami tak beli sebarang express pass untuk aktiviti dalam USS.

bergambar dengan penguin of madagaskar di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
Kami mulakan perjalanan kami awal pagi kerana tidak mahu beratur panjang untuk masuk ke Universal Studio Singapore dan untuk mengelak queue panjang untuk menaiki rides dan menonton pelbagai show di sana nanti. Sasaran kami nak sampai depan pintu masuk Universal Studio Singapore sebelum ia di buka untuk orang ramai.



PERJALANAN KAMI DARI AIRBNB KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE



Kami berjalan kaki ke NOVENA STATION.
Kami naik MRT dan transfer di DHOBY GHAUT, naik PURPLE LINE ke HARBOUR FRONT.  Dari situ kami berenam menaiki grab MPV ke USS.



Kami sampai, tepat2 pukul 9
 dan terus bergambar di luar pintu masuk.
Gambar wajib ke USS, bergambar dengan Globe ni.

di luar pintu masuk UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Kami cuma beratur dan tunjuk voucher dan terus di benarkan masuk.
Begpack kami tidak di periksa pun. Malah tak nampak pun pegawai yang memeriksa beg pengunjung.  Kami tidak bawa sebarang makanan kerana dalam USS sekarang sudah ada restoran makanan halal. 





Seperti taman tema lain, 
di USS banyak rides dan show, 
jadi kena rancang aktiviti supaya tak ketinggalan dan tak perlu beratur panjang. 
Kami dapat naik kebanyak rides dan menonton show tanpa menunggu lama.


Sebenarnya ini kali kedua kami ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE. 
Pertama kali dulu ialah pada tahun 2010, lebih kurang 9 tahun yang lalu! 

Walaupun dah pernah naik kebanyakan  rides di sini, 
tapi masih terasa berdebar untuk naik roller coaster yang extreme. 
Tapi tetap seronok!

Menunggu giliran untuk naik REVENGE OF THE MUMMY di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE


Terdapat beberapa buah restoran yang menghidangkan makanan halal di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE.
Boleh refer website USS. 

Kami makan burger di MEL's Drive Inn .



Selepas makan, 
kami solat di surau di sini.
Surau agak kecil tapi selesa. 

Lepas tu kami ke JURASIC PARK.


 


World Premiere ini ialah salah satu tapak show di USS.
Kena tengok Brochure untuk tahu waktu semua showsama ada indoor show atau outdoor show 


marylin monroe show di universal studio singapore


Seharian di USS, akhirnya kami pulang ke AIRBNB.
Esok kami akan bertolak pulang ke MALAYSIA melalui jalan dan
cara yang sama ketika kami datang ke sini.


klik pada link untuk baca:

beli tiket murah ke universal studio singapore, bercuti di singapore, percutian sekeluarga ke universal studio singapore, makanan halal di sinagpore, 

Bercuti di Singapore : Day 2 SENTOSA ISLAND (LUGE) & MARINA BAY SANDS


Hari ini hari kedua kami di SINGAPURA.

Kami akan ke SENTOSA ISLAND untuk main LUGE.

Kami bersarapan awal pagi.
Kami makan di RESTORAN ALQAYYUM sebab dekat sangat dengan AIRBNB,
halal dan lagipun memang sedap.

restoran al-qayyum, singapura

CARA KAMI KE SENTOSA ISLAND, SINGAPURA DENGAN MRT

Kami berjalan kaki dari AIRBNB ke NOVENA STATION.
Kami naik MRT dan transfer di DHOBY GHAUT, naik PURPLE LINE ke HARBOUR FRONT.  Kami turun dan masuk ke VIVO CITY , kemudian naik SENTOSA EXPRESS MONORAIL ke IMBIAH STATION.

Luge di buka pada pukul sepuluh pagi. kami sampai lebih awal, jadi kami jalan2 di sini dan bergambar dulu.

Kami pernah main luge di QUEENSTOWN, NEW ZEALAND pada 2017.
Memang seronok sebab cuaca yang sejuk dan pemandangan gunung-ganang di New Zealand. Memang Luge berasal dari New Zealand dan kemudian di kembangkan ke di kanada, korea dan singapura.

Jadi sekarang nak merasa luge di Singapura pula.
Berbeza dengan luge New Zealand, di sini pula kami akan naik luge dalam cuaca panas dan  pokok-pokok hijau.

Mula-mula, beli tiket luge dulu. boleh pilih pakej mana yang kita nak.
Boleh refer website. beg dan barang-barang lain tak boleh bawa naik luge. Boleh simpan dalam locker yang disediakan, harga locker ikut saiz locker.

beli pakej luge di sini 

Kemudian kita pilih topi keselamtan ikut saiz kepala kita lah, topi ni ada tersedia dalam tong besar. Kalau dah habis main, pulangkan je ke dalam tong besar yang terdapat di sekitar kawasan luge. Kalau pegi awal pagi, topi keledar masih ok, kalau masuk main luge agak lewat, topi ni dah berbau peluh orang yang memakai awal pagi. Ye la, cuaca panas berpeluh2, topi pun terkesan jugak lah.


Dah pilih topi,
boleh beratur dan naik Skyline.

naik skyline untuk ke atas. salah satu line lebih tinggi dari yang sebelah lagi 



Naik luge ni sekali memang tak cukup. kena ulang2 naik.
naik skyline, then turun dengan luge guna graviti , kemudian ulang skyline semula dan seterusnya.
Skyline di sini ada dua, satu agak rendah dan satu lagi naik lebih tinggi. Kami cuba kedua2 sekali!
 Laluan luge pun boleh pilih, nak laluan yang biasa atau yang lebih mencabar.

ini tempat laluan luge berakhir, ia terletak di bahagian bawah laluan
Dan seperti di New Zealand juga,
pertama kali naik, kita kena ikut  beginner's track dulu, kemudian boleh la naik yang track biasa pula.

Selepas puas main luge, kami makan di Restoran Mary Brown yang terletak berdekatan dengan tempat luge.
Kami pernah ke SENTOSA ISLAND pada tahun 2010. Ketika itu belum ada luge dan makanan halal pun tiada. sekarang ada restoran halal di sini, senang lah untuk muslim ke sini.

Selepas makan, solat , kami ke MARINA BAY SANDS sebab hari masih cerah.
Ini lah untungnya berjalan di negara panas macam Singapura dan Malaysia,
sampai malam pun boleh jalan-jalan lagi.



THE SHOPPE at marina bay sands singapore
Sampai saja, kami jalan2 dalam Mall. Kemudian kami ke EVENT PLAZA di pesiaran untuk tengok MUSICAL LIGHT & WATER SHOW. Pertunjukkan ini percuma, boleh duduk saja di mana2 di kawasan pesiaran menghadap teluk.



Lepas itu kami  ke GARDENS BY THE BAY untuk melihat SUPER TREE GROVE.
Kami sebenarnya nak tengok GARDEN RHAPSODY SHOW tapi dah terlepas.
So tengok je lah pokok rasaksa ini tanpa show, tetap cantik jugak.



Dah letih jalan-jalan, kami pulang ke AIRBNB.
Kami singgah makan malam di restoran AL_QAYYUM lagi. Memang masakan di sini kena dengan selera kami. Salah seorang pekerjanya, kalau tak silap kami, tukang masaknya, menegur kami . mungkin sebab hari-hari singgah makan di sini. katanya, dia pun orang Malaysia juga dan dah lama bekerja di SIngapura. dulu dia bekerja di restoran di Malaysia.



klik pada link untuk baca:

  main luge di sentosa island singapura, bercuti di singapura dengan keluarga, percutian di singapore, masuk ke singapura melalui bas,tak perlu bajet tinggi untuk bercuti di singapura, makanan halal di singapura.

Bercuti di Singapore : Day 1 MALAYSIA ke SINGAPURA & RESTORAN ZAMZAM

Hari ini hari pertama kami di SINGAPURA

CARA KAMI MASUK KE SINGAPURA DENGAN MENAIKI BAS

Kami memulakan perjalanan memandu dari SHAH ALAM ke BUKIT INDAH, JOHOR BHARU. Kami tidak bawa banyak barang, hanya satu begpack setiap seorang. Kami park kereta di hadapan AEON BUKIT INDAH dan makan tengahari di food court, AEON BUKIT INDAH.
Selepas solat, kami menunggu bas CW3 di hadapan AEON BUKIT INDAH untuk ke JURONG EAST.

dari malaysia ke singapura melalui jalan darat menaiki bas, cara bajet murah untuk ke singapura dar malaysia dengan bas, tips masuk ke singapura dengan kenderaan awam bas dan mrt, tips naik mrt di singapura 

Dalam perjalanan bas berhenti di CIQ 2nd LINK.
Kami turun dari bas dan melalui pemeriksaan imigresen MALAYSIA. Semuanya berjalan lancar, tidak perlu beratur panjang. Setelah selesai, kami keluar dan naik semula bas yang sama.

urusan imigresen untuk masuk ke singapura, barang yang boleh dibawa masuk ke singapura

Bas kemudiannya meneruskan perjalanan dan berhenti di TUAS CHECKPOINT.
Sekali lagi kami turun dari bas. Kali ini kami lalui pemeriksaan imigresen SINGAPURA pula. dan kali ini kami terpaksa bersesak-sesak dengan orang yang hendak masuk ke Singapura. Ramai betul dan agak lama kami di sini.

Setelah selesai,
kami naik bas yang sama yang sedia menunggu di luar.
Bas terus bergerak ke JURONG EAST INTERCHANGE.
Di sini kami beli Standard Card untuk menaiki MRT disini dan topup bila perlu. dan kami juga beli internet SINGTEL, pakej khas untuk pelancong, SGD 15 untuk 7 hari 

Di JURONG EAST INTERCHANGE, kami naik MRT guna EASTWEST LINE dan turun di BUONA VISTA, kemudian ambil CIRCLE LINE ke BISHAN dan transfer pula ke NORTHSOUTH untuk ke NOVENA.
Kemudian kami berjalan kaki ke AIRBNB.

sewa apartment murah semasa bercuti di singapura, penginapan murah di singapura semasa bercuti


AIRBNB kami ialah apartment 3 bilik.
 (https://www.airbnb.com/rooms/23471003?guests=1&adults=1).

Apartment ini luas, tidak jauh berjalan kaki ke MRT STATION. Dekat dengan MALL (UNION SQUARE)  dan  children playground di sebelahnya. Kawasan apartment ini sunyi dan aman.

Kami berehat sekejap dan selepas magrib,
kami keluar untuk makan malam.

Pemandangan dari tingkap AIRBNB kami di SINGAPORE

PERJALANAN KAMI DARI AIRBNB KE RESTORAN ZAMZAM, SINGAPURA

Dari NOVENA STATION,
kami ke NEWTON STATION, transfer ke BLUE LINE pergi ke BUGIS. Dari situ kami jalan kaki ke RESTORAN ZAMZAM.

Kami makan nasi beriani dan Murtabak Singapore.
Orang ramai, tempat penuh di tingkat bawah dan atas.
Agak sesak dan tak selesa sebab orang ramai dan keadaan agak panas.
Nasib baik murtabak Singapore sedap.
Kemudian kami pulang ke AIRBNB.

murtabak singapore di restoran zamzam, singapura

Esok kami akan ke SENTOSA ISLAND untuk MAIN LUGE.

klik pada link untuk baca:

Thursday 7 March 2019

Bercuti di Osaka, Kyoto, Shiga & Nara (JEPUN) 2019 - Hari 8 POKEMON CENTRE & KANSAI AIRPORT


Hari ini hari ke-8 dan hari terakhir kami di Osaka.

ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI DI OSAKA HARI INI IALAH:

AIRBNB-> HANKYU UMEDA STATION (LOCKER)->POKEMON CENTRE (DAIMARU UMEDA)-> ALI'S KITCHEN OSAKA HALAL RESTAURANT (SHINSAIBASHI)-> PRAYER ROOM (OSAKA STATION)-> HANKYU UMEDA STATION (LOCKER/BUS) -> KANSAI AIRPORT-> KLIA2

Hari ini hari terakhir kami di OSAKA, JEPUN. 
Penerbangan pulang ialah pada pukul 10 malam.

Kami bangun awal pagi, kemas AIRBNB dan checkout pada pukul 10 pagi. 
Kami berjalan ke HANKYU UMEDA STATION dengan membawa beg2 kami dan menyimpan beg kami di dalam LOCKER yang terletak di sebelah tempat bas yang akan kami naiki untuk ke KANSAI AIRPORT. 
Tiket bas dah pun dibeli pada hari pertama kami tiba di OSAKA.

Sepanjang kami di OSAKA, 
setiap hari kami akan berjalan ke OSAKA STATION untuk memulakan perjalanan kami. Dan setiap hari kami akan lalui UMEDA SKY BUILDING yang tinggi. Kami tak pernah singgah dan naik ke dalam bangunan ini tapi dari blog lain yang kami baca, ramai yang mengatakan pemandangan dari atas bangunan ini sangat cantik.


Dan kami akan juga lalui bangunan yang mempunyai vertical landscape ini, 
tak pasti apa namanya.



selepas menyimpan semua beg kami dalam locker, kami ke POKEMON CENTRE di tingkat 13 DAIMARU UMEDA, 
tempat ini terletak di dalam UMEDA OSAKA STATION. 


Tempat ini tidaklah besar, tapi ada pelbagai barang POKOMEN asli di sini. 
Barangan bayi jenama POKEMON yang comel pun ada di sini. Terdapat juga POKEMON ARCADE MACHINES dan meja untuk pemain kad TCG POKEMON. 
So apa lagi, kami main lah kejap.

Kami naik train MIDOSUJI LINE dari UMEDA STATION ke SHINSAIBASHI dan  makan tengah hari, sekali lagi, di ALI'S KITCHEN OSAKA HALAL RESTAURANT di Shinsaibashi. Walaupun terpaksa mengambil train ke sana, tapi rasanya berbaloi sebab nasi beriani ayam di situ memang sedap.

Kemudian kami kembali ke OSAKA STATION untuk solat. 
Untuk guna bilik solat di sini, kami ke OSAKA STATION CITY INFORMATION COUNTER dan diminta mengisi borang terlebih dahulu. Pegawai di situ memberitahu kami, PRAYER ROOM ini adalah untuk kegunaan semua penganut agama lain juga, bukan untuk orang Islam sahaja. Jadi PRAYER ROOM ini perlu dikongsi. Tapi ketika kami menggunakan PRAYER ROOM ini, tiada orang lain yang datang. Ketika kami hendak keluar, seorang lelaki Jepun masuk dan memberi salam kepada kami, lepas itu dia terus berwuduk.

Kami berehat dan jalan2 di OSAKA STATION. 


Setiap hari di OSAKA STATION, ada kumpulan atau orang perseorangan yang membuat persembahan. Mereka menyanyi di hadapan orang ramai di tempat khas yang di sediakan dan mereka menjual CD nyanyian mereka. Pada hari terakhir kami di sini, dua orang wanita ini pula buat persembahan. memang sedap suara mereka dan ada orang yang membeli CD mereka.

Bila dah pukul 4 petang, 
kami ke HANKYU UMEDA STATION untuk ambil beg-beg kami dan terus beratur untuk menaiki bas ke KANSAI AIRPORT.

Di kaunter Airasia, selepas Baggage Drop untuk 2 beg kami yang kami checkin selesai, pegawai bertugas meminta kami menimbang semua HAND CARRY LUGGAGE yang kami bawa. Dia mengingatkan kami, setiap seorang hanya dibenarkan bawa 7kg sahaja. Jadi kalau ada HAND CARRY dan HANDBAG, kedua-duanya mesti berjumlah tidak lebih dari 7KG. Oleh sebab kami berlima, jadi jumlah yang boleh kami bawa naik ke atas kapal terbang ialah 35kg. Kami disuruh meletakkan HANDCARRY, BAGPACK, HANDBAG dll di atas penimbang di sebelah kaunter. Alhamdulillah, semuanya berjumlah 34.5kg, jadi kami tidak dikenakan apa-apa bayaran lebih. Penumpang di kaunter sebelah pula terpaksa bayar lebih sebab jumlah HAND CARRY BAG dan HANDBAGnya lebih dari 7kg. Sesetengah negara hanya menimbang HANDCARRY beg, backpack tak ditimbang, tapi eloklah berjaga-jaga kalau tak nak bayar lebih.  

Selepas selesai urusan bagasi, kami makan malam di restoran THE U-DON yang menghidangkan makanan halal sebelum menaiki kapalterbang pulang ke Malaysia.  



Bercuti di Osaka, Kyoto, Shiga & Nara (JEPUN) 2019 - Hari 7 NARA DEER PARK & DOTONBORI


Hari ini hari ke-7 kami di OSAKA.

ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI SEMASA  DI OSAKA HARI INI IALAH:

AIRBNB-> OSAKA STATION->NARA DEER PARK/TŌDAI-JI TEMPLE -> PY HALAL KITCHEN DOTONBORI-> MOS BURGER RESTAURANT (NAMBA STATION)-> UMEDA STATION ->AIRBNB

Sepatutnya hari ini kami keluar awal untuk ke NARA DEER PARK. 
Kami sebenarnya merancang untuk sampai di NARA sebelum pukul 10 pagi kerana tepat pada pukul 10 pagi, ada tradisi SHIKAYOSE iaitu tradisi memanggil rusa-rusa untuk diberi makan. Mengikut tradisi ini, seorang lelaki akan meniup FRENCH HORN. Apabila mendengar tiupan ini, rusa-rusa yang ada di NARA PARK akan datang berduyun-duyun ke tempat lelaki tadi dan rusa-rusa ini akan diberi makan. Acara tradisi ini hanya berlangsung selama 30 minit.

Tapi kerana terlalu penat berjalan kaki 21km di KYOTO semalam, 
kami terpaksa keluar lewat sedikit. Jadi, tak sempat la tengok  SHIKAYOSE.


seharian di Nara deer park, bermain dengan rusa jinak di nara deer park jepun, itinerari bercuti di osaka dan kyoto, perkara yang anda tidak boleh lakukan di jepun, bila waktu terbaik untuk bercuti di jepun, pakej murah bercuti di osaka, kembara muslim ke osaka jepun, restoran halal di jepun

CARA KAMI KE NARA DEER PARK DARI OSAKA

Untuk ke NARA, kami ke OSAKA STATION dan menaiki train di PLATFORM 2 OSAKA LOOP LINE menghala ke KYOBASHI, transfer di TSURUHASHI platform 1 naik train KINTETSU NARA LAIN RAPID EXPRESS menuju ke KINTETSU NARA STATION. 

Keluar sahaja dari station, kami berjalan kaki sekejap sahaja dan sudah pun nampak rusa-rusa berkeliaran. Ramai pengunjung yang membeli biskut dan memberi rusa ini makan. 
Kami pun tak ketinggalan.



inilah antara penjual biskut makanan kegemaran rusa di sini

biskut kegemaran rusa di nara park

Tapi ada beberapa orang pengunjung dari negara lain yang tidak prihatin akan keselamatan rusa-rusa di sini. Ada beberapa orang pengunjung yang menutup muka rusa-rusa ini dengan plastik. Dan apabila rusa itu nampak kelemasan, mereka semua ketawa. Teruk betul! Nasib baik ada orang yang datang melarang mereka berbuat demikian.  


Kami sebenarnya nak ke TŌDAI-JI TEMPLE, nak bergambar di Nandaimon Gate jadi perlu berjalan lebih jauh lagi.
Dalam perjalanan pun banyak rusa berkeliaran menanti pengunjung memberi makan biskut. 

Nandaimon gate ini diperbuat daripada kayu


pengunjung ramai di hadapan nandaimon gate, nara deer park


Selepas melalui Nondaimon Gate, 
sampai pula di Red gate.
Kami hanya bergambar di sini dan tidak masuk ke dalam temple. 







Dah puas berjalan2 dan tengok rusa di NARA PARK, 
kami ke  PY HALAL KITCHEN
 untuk makan tengahari. 


restoran PY Halal Kitchen di NARA
tak sempat ambik gambar chicken wing
Restorannya dekat dengan KINTETSU NARA STATION, 
jadi kami berjalan kaki saja ke sana. 

Restorannya luas dan tempat solat disediakan. Tuan punya restoran ini, Rahman,  berasal dari BANGLADESH. Isterinya orang Jepun. Dia pernah bekerja di Singapura selama 10 tahun jadi dia biasa dengan masakan SINGAPURA dan MALAYSIA. Sebab itu, selain beriani dan makanan arab, makanan MALAYSIA/SINGAPURA pun ada di sini seperti nasi goreng, mihun goreng dan lain-lain. Kami rasa CHICKEN WING di sini sangat sedap. 

restoran PY Halal kitchen ini luas dan selesa di NARA


CARA KAMI KE DOTONBORI DARI NARA DEER PARK

Dari NARA, 
kami ke DOTONBORI. 

dotonbori

dotonbori


dotonbori

dotonbori

Kami naik KINTETSU NARA LINE RAPID EXPRESS 
ke OSAKA NAMBA . 

Kemudian berjalan kaki ke Dotonbori. 
Ramai betul orang di sini. 


bergambar dalam kesesakan di dotonbori

dotonbori


Kalau ke DOTONBORI,
 tentulah kena bergambar dengan GLICO RUNNING MAN kan?. 
Ketika kami mula sampai di hadapan GLIKO RUNNING MAN, ramai orang bergambar di situ, ramai juga yang menunggu giliran untuk bergambar. 

Jadi kami turun ke tingkat bawah. 
Di sini orang tidak begitu ramai dan kami sempat bergambar


di sebelah kiri ialah tingkat pertama yang penuh dengan pengunjung yang nak bergambar dengan glico man

. Kami turun setingkat lagi, 
kebetulan orang tak ramai pun, 
banyak ruang untuk kami bergambar.
boleh nampak pelancong menaiki bot dibelakang kami.





Dari DOTONBORI, 
kami jalan kaki ke NAMBA STATION dan makan malam SHRIMP BURGER di MOS BURGER RESTAURANT di sini. 
Kebetulan ada beberapa keluarga lain dari Malaysia yang turut menjamu selera di sini.

perkara menarik di dotonbori osaka, full itinerary percutian ke osaka jepun, membeli-belah di dotonbori, trip musim sejuk ke jepun, jalan-jalan ke osaka & kyoto jepun, memandu di jepun, cara mudah dan murah untuk ke osaka jepun, menjejaki restoran halal di jepun