Thursday, 7 March 2019

Bercuti di Osaka, Kyoto, Shiga & Nara 2019 - Hari 6 BAMBOO FOREST, TOGETSUKYO BRIDGE, NINENZAKA,KIYOMIZUDERA & FUSHIMI INARI


Hari ini hari ke-6 dan hari terakhir kami di Osaka

ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI SEMASA DI KYOTO HARI INI IALAH:

AIRBNB->HANKYU UMEDA STATION->TRAM STATION -> BAMBOO FOREST, ARASHIYAMA -> TOGETSUKYO BRIDGE-> KIMONO FOREST-> SANNENZAKA NINENZAKA-> KIYOMIZUDERA->  LUNCH -> FUSHIMI INARI SHRINE-> AIRBNB

Kami keluar awal pagi hari ini kerana kami akan berada di Kyoto sepanjang hari.
 Perjalanan ke Kyoto mengambil masa sejam lebih.

CARA KAMI PERGI KE KYOTO DARI OSAKA

Kami berjalan ke HANKYU UMEDA STATION, kemudian naik HANKYU KYOTO LINE RAPID EXPRESS ke SAIIN, selepas itu transfer naik tram RANDEN KEIFUKU ARASHIYAMA LINE di SAI. Kami berhenti di hentian paling akhir iaitu ARASHIYAMA. 
Dari situ, kami berjalan kaki menuju BAMBOO FOREST.
train Ramden
Sebelum ke sini, 
kami bayangkan laluan deretan pokok buluh ni panjang dan jauh, 
tapi rupanya laluannya pendek dan dekat sahaja. 


arashiyama bamboo forest, kyoto jepun
bercuti di arashiyama dan kyoto, pengalaman ke arashiyama bamboo forest di kyoto jepun, itinerari percutian ke osaka jepun, itinerary lengkap bercuti di osaka & kyoto,panduan ringkas untuk bercuti ke jepun

Pengunjung yang ramai dan berduyun-duyun berbanding dengan kawasan laluan yang kecil 
dan dekat sahaja menyebabkan kawasan ini begitu sesak. 



Kami terpaksa menunggu lama untuk bergambar di sini. 
Pengunjung lain terpaksa berhenti sekejap untuk beri laluan kami bergambar. 
Kami pun begitu juga, terpaksa berhenti bila pengunjung lain nak bergambar.


arashiyama bamboo grove 


Untuk bergambar pula, kena cari kawasan yang nampak cahaya matahari sebab kawasan ini sangat redup (mungkin sebab sekarang musim sejuk), 
susah untuk dapatkan gambar yang cantik.
keistimewaan togetsukyo bridge
Kami berpatah balik dan 
menyeberangi TOGETSUKYO BRIDGE yang ikonik. 
di sini bermulanya togetsukyo bridge
Jambatan kayu ini biasa sahaja, 
cuma sekiranya ke sini pada musim luruh atau musim bunga tentu cantik kerana jambatan ini berlatar belakang gunung-ganang.


menyeberangi togetsukyo bridge di kyoto pada musim sejuk
Dari situ, kami kembali ke ARASHIYAMA TRAM STATION dan 
singgah bergambar di KIMONO FOREST bersebelahannya. 

KIMONO FOREST ini pun biasa saja bagi kami.
 Ia cuma terdiri daripada deretan palang yang dibalut dengan corak kain kimono. Mungkin waktu malam ia lebih cantik, kerana setiap palang akan bercahaya. Rasanya kalau palang ni lebih tinggi , lagi cantik untuk bergambar.
kimono forest bersebelahan  ARASHIYAMA TRAM STATION

CARA KAMI KE NINENZAKA DARI ARASHIYAMA

Dari ARASYIHAMA TRAM STATION, kami naik tram dan turun di stesen terakhir iaitu SHIJO OMIYA. Dari situ kami berjalan kaki ke OMIYA STATION dan naik train HANKYU KYOTO LINE ke KAWARAMACHI. Kemudian, kami berjalan kaki sejauh 1.5km untuk meneroka kawasan bersejarah KYOTO.

Destinasi pertama kami ialah NINENZAKA. 

Mula berjalan kaki dari stesen ke NINENZAKA
pejalan kaki begitu ramai menuju ke NINENZAKA Di sini pun dah ramai berkimono

pengunjung memakai kimono semasa melawat ninenzaka, tempat sewa kimono murah di kyoto, melawat tempah bersejarah di jepun sambil memakai kimono, hara sewaan kimono, tempat menarik di kyoto, melawat fushimi inari yang terkenal di kyoto


Sebelum masuk ke kawasan rumah tradisional,
 terserempak dengan lelaki berpakaian tradisional dengan anjingnya dan lelaki ini memainkan lagu merdu dan tenang menggunakan seruling.


Kawasan pejalan kaki di sini terkenal dengan kedai-kedai dengan seni bina lama. 
Di sini ramai pengunjung yang memakai kimono, 
jadi suasananya terasa seperti zaman dahulu. 
suasana di NINENZAKA kyoto pada musim sejuk 

Walaupun kami ke sini pada musim sejuk,
 pengunjung tetap penuh sesak, nak ambil gambar yang cantik pun susah. 



musim sejuk di NINENZAKA Kyoto, tetap penuh sesak dengan pengunjung


Dari NINENZAKA kami berjalan kaki lagi ke KIYOMIZUDERA. 

Sekali lagi kami terpaksa bersesak-sesak dengan pengunjung lain. 
Kami hanya bergambar di bawah sahaja sebab agak sukar untuk naik ke atas kerana orang terlalu ramai.
KIYOMIZUDERA

MAKAN TENGAH HARI DI RESTORAN SALMAN & SOHEL, KYOTO

depan pintu masuk restoran Salman & Sohel

Jam sudah menunjukkan pukul 3 petang dan perut pun dah lapar. 
Kami berjalan kaki ke GION-SHIJO dan menaiki train KEIHAN MAIN LINE ke JINGO-MARUTAMACHI. Kemudian berjalan kaki ke restoran SALMAN & SOHEL. 


restoran salman & sohel di kyto

 Seperti Ali's restaurant, restoran Salman & Sohel juga kecil sahaja. Tapi berianinya sedap. 
Kami sebenarnya merancang untuk solat di KYOTO ISLAMIC CENTRE yang terletak bersebelahan restoran ini tapi kebetulan ianya ditutup pada hari itu. 
Tapi alhamdulillah, pemilik restoran membenarkan kami solat di restoran. Bilik solatnya kecil dan terletak di tingkat bawah (underground) restoran ini. bilik solat boleh muat seorang sahaja sekali masuk.

CARA KAMI KE FUSHIMI INARI SHRINE DARI RESTORAN SALMAN & SOHEL, KYOTO

Destinasi kami yang terakhir hari ini ialah FUSHIMI INARI SHRINE.

pintu gerbang tori menyambut pengujung di Fushimi Inari Shrine. Kami tiba hampir magrib, sudah gelap

Kami berjalan ke JINGU MARUTAMACHI dan menaiki train dari JINGU TAMACHI ke FUSHIMI INARI (KEIHAN MAIN LINE SEMI EXPRESS). Dari FUSHIMI INARI STATION kami berjalan kaki ke FUSHIMI INARI TAISU.

Ketika kami sampai ke sini, keadaan sudah gelap. Magrib ialah pada pukup 530 petang. Walaupun hujan mula turun, pengunjung tetap ramai. Kami berjalan melalui TORI GATES di sini tapi disebabkan keadaan sudah gelap, kami tidak dapat ambil gambar yang cantik di sini kerana keadaan yang malap.


tori gates di fushimi inari, keadaan waktu ini sudah semakin gelap

Kami tidak lama di FUSHIMI INARI kerana perjalanan untuk pulang ke OSAKA agak jauh 
dan kami dah kepenatan.

Fushimi Inari, pemandangan sebelum kami pulang

itinerari lengkap percutian bajet ke kyoto, itinerary bercuti di osaka & kyoto, pengalaman percutian ke kyoto & osaka, tips melancong ke osaka, 



No comments:

Post a Comment