Thursday, 7 March 2019

Bercuti di Osaka, Kyoto, Shiga & Nara (JEPUN) 2019 - Hari 7 NARA DEER PARK & DOTONBORI


Hari ini hari ke-7 kami di OSAKA.

ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI SEMASA  DI OSAKA HARI INI IALAH:

AIRBNB-> OSAKA STATION->NARA DEER PARK/TŌDAI-JI TEMPLE -> PY HALAL KITCHEN DOTONBORI-> MOS BURGER RESTAURANT (NAMBA STATION)-> UMEDA STATION ->AIRBNB

Sepatutnya hari ini kami keluar awal untuk ke NARA DEER PARK. 
Kami sebenarnya merancang untuk sampai di NARA sebelum pukul 10 pagi kerana tepat pada pukul 10 pagi, ada tradisi SHIKAYOSE iaitu tradisi memanggil rusa-rusa untuk diberi makan. Mengikut tradisi ini, seorang lelaki akan meniup FRENCH HORN. Apabila mendengar tiupan ini, rusa-rusa yang ada di NARA PARK akan datang berduyun-duyun ke tempat lelaki tadi dan rusa-rusa ini akan diberi makan. Acara tradisi ini hanya berlangsung selama 30 minit.

Tapi kerana terlalu penat berjalan kaki 21km di KYOTO semalam, 
kami terpaksa keluar lewat sedikit. Jadi, tak sempat la tengok  SHIKAYOSE.


seharian di Nara deer park, bermain dengan rusa jinak di nara deer park jepun, itinerari bercuti di osaka dan kyoto, perkara yang anda tidak boleh lakukan di jepun, bila waktu terbaik untuk bercuti di jepun, pakej murah bercuti di osaka, kembara muslim ke osaka jepun, restoran halal di jepun

CARA KAMI KE NARA DEER PARK DARI OSAKA

Untuk ke NARA, kami ke OSAKA STATION dan menaiki train di PLATFORM 2 OSAKA LOOP LINE menghala ke KYOBASHI, transfer di TSURUHASHI platform 1 naik train KINTETSU NARA LAIN RAPID EXPRESS menuju ke KINTETSU NARA STATION. 

Keluar sahaja dari station, kami berjalan kaki sekejap sahaja dan sudah pun nampak rusa-rusa berkeliaran. Ramai pengunjung yang membeli biskut dan memberi rusa ini makan. 
Kami pun tak ketinggalan.



inilah antara penjual biskut makanan kegemaran rusa di sini

biskut kegemaran rusa di nara park

Tapi ada beberapa orang pengunjung dari negara lain yang tidak prihatin akan keselamatan rusa-rusa di sini. Ada beberapa orang pengunjung yang menutup muka rusa-rusa ini dengan plastik. Dan apabila rusa itu nampak kelemasan, mereka semua ketawa. Teruk betul! Nasib baik ada orang yang datang melarang mereka berbuat demikian.  


Kami sebenarnya nak ke TŌDAI-JI TEMPLE, nak bergambar di Nandaimon Gate jadi perlu berjalan lebih jauh lagi.
Dalam perjalanan pun banyak rusa berkeliaran menanti pengunjung memberi makan biskut. 

Nandaimon gate ini diperbuat daripada kayu


pengunjung ramai di hadapan nandaimon gate, nara deer park


Selepas melalui Nondaimon Gate, 
sampai pula di Red gate.
Kami hanya bergambar di sini dan tidak masuk ke dalam temple. 







Dah puas berjalan2 dan tengok rusa di NARA PARK, 
kami ke  PY HALAL KITCHEN
 untuk makan tengahari. 


restoran PY Halal Kitchen di NARA
tak sempat ambik gambar chicken wing
Restorannya dekat dengan KINTETSU NARA STATION, 
jadi kami berjalan kaki saja ke sana. 

Restorannya luas dan tempat solat disediakan. Tuan punya restoran ini, Rahman,  berasal dari BANGLADESH. Isterinya orang Jepun. Dia pernah bekerja di Singapura selama 10 tahun jadi dia biasa dengan masakan SINGAPURA dan MALAYSIA. Sebab itu, selain beriani dan makanan arab, makanan MALAYSIA/SINGAPURA pun ada di sini seperti nasi goreng, mihun goreng dan lain-lain. Kami rasa CHICKEN WING di sini sangat sedap. 

restoran PY Halal kitchen ini luas dan selesa di NARA


CARA KAMI KE DOTONBORI DARI NARA DEER PARK

Dari NARA, 
kami ke DOTONBORI. 

dotonbori

dotonbori


dotonbori

dotonbori

Kami naik KINTETSU NARA LINE RAPID EXPRESS 
ke OSAKA NAMBA . 

Kemudian berjalan kaki ke Dotonbori. 
Ramai betul orang di sini. 


bergambar dalam kesesakan di dotonbori

dotonbori


Kalau ke DOTONBORI,
 tentulah kena bergambar dengan GLICO RUNNING MAN kan?. 
Ketika kami mula sampai di hadapan GLIKO RUNNING MAN, ramai orang bergambar di situ, ramai juga yang menunggu giliran untuk bergambar. 

Jadi kami turun ke tingkat bawah. 
Di sini orang tidak begitu ramai dan kami sempat bergambar


di sebelah kiri ialah tingkat pertama yang penuh dengan pengunjung yang nak bergambar dengan glico man

. Kami turun setingkat lagi, 
kebetulan orang tak ramai pun, 
banyak ruang untuk kami bergambar.
boleh nampak pelancong menaiki bot dibelakang kami.





Dari DOTONBORI, 
kami jalan kaki ke NAMBA STATION dan makan malam SHRIMP BURGER di MOS BURGER RESTAURANT di sini. 
Kebetulan ada beberapa keluarga lain dari Malaysia yang turut menjamu selera di sini.

perkara menarik di dotonbori osaka, full itinerary percutian ke osaka jepun, membeli-belah di dotonbori, trip musim sejuk ke jepun, jalan-jalan ke osaka & kyoto jepun, memandu di jepun, cara mudah dan murah untuk ke osaka jepun, menjejaki restoran halal di jepun


2 comments:

  1. Thank you .. very details. boleh saya tadi..Bila date trip ni yer?

    ReplyDelete
  2. Casino Site - LuckyClub.live
    Casino website for online gambling. Play casino games luckyclub and live dealer casino games. Enjoy a smooth and fun gambling experience with over 1,000 games,  Rating: 5 · ‎2 votes · ‎Free · ‎Android · ‎Entertainment

    ReplyDelete