Tuesday, 5 March 2019

Bercuti di Osaka, Kyoto, Shiga & Nara (JEPUN) 2019 - Hari 2 UNIVERSAL STUDIO JAPAN



Hari ini hari kedua kami di OSAKA.

ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI SEMASA DI OSAKA HARI INI IALAH:

AIRBNB-> OSAKA STATION -> UNIVERSAL STUDIO JAPAN -> OSAKA STATION-> AIRBNB

Kami bangun awal pagi, subuh pada musim sejuk ialah pukul 520pagi. 
Kami masak sarapan pagi dengan tepung pancake segera dan margarine (ganti minyak) yg kami bawa dari Malaysia.

Hari ini kami akan ke UNIVERSAL STUDIO JAPAN (USJ).


bergambar dengan spider man di UNIVERSAL STUDIO JAPAN

CARA KAMI BELI TIKET UNIVERSAL STUDIO JAPAN

Tiket ke USJ telah kami beli dari JAPAN TRAVEL BUREAU (JTB) di AEON, Shah Alam. 
Tiket ke USJ berlainan harga mengikut masa/musim. Untuk bulan Januari 2019, harganya RM285 seorang. Dan kami diberitahu harga bulan Februari 2019 ialah RM316 dan bulan Mac dan seterusnya harga semakin mahal kerana musim bunga akan bermula. Tiket pada musim panas lebih mahal lagi.

Kami pilih bulan Januari iaitu harga termurah. Jadi kami boleh guna tiket yang kami beli untuk masuk USJ hanya pada bulan Januari sahaja. Setelah bayaran dibuat, pihak JTB mengeluarkan cetakan QR CODE untuk setiap ahli keluarga kami.

JTB juga menjual OSAKA AMAZING PASS dan lain-lain lagi. 
Tapi kami memilih untuk menggunakan kad ICOCA sahaja sepanjang kami di sana. Ini adalah kerana, selepas membuat kiraan tempat yang ingin kami lawati dan aktiviti kami di OSAKA, kami dapati kad ICOCA lebih berbaloi.

PERJALANAN KE UNIVERSAL STUDIO JAPAN DARI OSAKA STATION

Kami berjalan kaki selama lebih kurang 15 minit dari AIRBNB ke OSAKA STATION. 
Mula-mula kami beli kad ICOCA di vending machine yang ada di OSAKA STATION. Dari OSAKA STATION, kami naik OSAKA  LOOP LINE ke NISHIKUJO STATION, kemudian transfer ke YUMESAKI LINE dan berhenti di UNIIVERSAL CITY STATION. Kemudian kami berjalan kaki sekejap ke USJ

Mula-mula sampai ke USJ, 
cuaca sejuk, agak berangin. Muka dan tangan paling terasa sejuknya.

depan pintu masuk Universal Studio Japan

Globe yang terletak sebelum pintu masuk ini memang ada di setiap Universal studio di serata dunia.
Kawasan luar pintu masuk USJ pun cantik, 
banyak kedai di sini.

di luar pintu masuk Universal Studio Japan

Oleh kerana tiket sudah kami beli di Malaysia lagi, 
kami terus beratur dan scan QRCODE yg kami terima dan terus dibenarkan masuk.

WIZARDING WORLD OF HARRY POTTER, UNIVERSAL STUDIO JAPAN

tips untuk masuk ke wizarding world of harry poter universal studio japan, tips untuk ke universal studio osaka, makanan halal di universal studio japan, 

Kami banyak menghabiskan masa di WIZARDING WORLD OF HARRY POTTER. Oleh kerana musim sejuk dianggap musim yang tidak ramai pengunjung, kami boleh terus masuk ke tempat HARRY POTTER. Kalau semasa pengunjung ramai seperti musim bunga dan musim panas, kena ambil TIME ENTRY TICKET untuk masuk ke sini. Anda dibenarkan masuk mengikut masa yg ditentukan pada TIME ENTRY TICKET anda sahaja.

Walau pun musim sejuk dikatakan “tidak ramai pengunjung”, 
tapi keadaan tetap sesak semasa kami di sana. Tak dapat bayangkan,macam mana sesaknya keadaan pada musim yang ramai pengunjung.

Ravenclaw,  Slytherin, Gryffindor

Cuaca hari ini sejuk, tapi ada cahaya matahari jadi sangat sesuai untuk melawat USJ. Tapi sayangnya NIGHT PARADE dibatalkan sehingga  bulan Februari kerana cuaca terlalu sejuk pada waktu malam. 

Oleh kerana kami peminat cerita HARRY POTTER, sudah tentu kami akan mencari Ollivanders di Diagon Alley. Setiap pengunjung ke sini, sudah tentu  mengharapkan agar dapat WAND percuma dari OLIVANDER ni, tapi cuma seorang sahaja yang bertuah dapat WAND ini untuk setiap sesi di sini. Kami tak dapat pun 😢😢😢. 



Jadi belilah sendiri sebatang WAND, harganya lebih kurang RM 200 ringgit.
 Lepas tu kongsi2 guna, saja seronok2. 
 wand yang kami beli di universal studio japan

Wand yang dibeli di sini boleh digunakan untuk melakukan magik 
di beberapa tempat di sini 
dengan bantuan petugas USJ.

petugas USJ mengajar cara guna wand untuk mengibarkan bendera di sini


Dan alang-alang dah ada wand, 
kami buat magik sendiri
😆😆😆.




Kalau ke taman tema seperti USJ memang kena rancang apa yang hendak dibuat sebab ada pelbagai persembahan dan rides di sini. walaupun musim sejuk dikatakan low season, tapi untuk naik rides yang disukai ramai pengunjung, kena beratur lebih daripada sejam juga. Kalau musim bunga dan musim panas, lagi lama la beratur.

salah satu persembahan diUSJ

Kepada yang nak beli BUTTER BEER yang terkenal dalam cerita HARRY POTTER pun kena beratur panjang. Pihak USJ memang sudah sahkan BUTTER BEER tidak mengandungi alkohol.

Semasa kami mula2 sampai di sini, terdapat barisan panjang untuk beli butter beer ni tapi bila dah petang orang makin kurang dan tiba2 je tak ada orang langsung jadi kami terus beratur dan bergambar. 



Dan  dah alang-alang kami memakai uniform pelajar Hogwarts
kena lah bergambar dengan HOGWARTS EXPRESS yang membawa pelajar 
dari  Kings Cross ke Hogwarts School of Witchcraft and Wizardry

.


membawa makanan bekal ke dalam universal studio japan. tips makanan halal di universal studio japan 
Semasa di sini, 
kami makan tengah hari bekal yang kami bawa dan ada juga beli fries dan lain-lain di sini. Di laman web USJ, ada ditulis tidak boleh bawa masuk makanan luar dan beg pengunjung akan di periksa di pintu masuk. Tapi pada hari kami ke USJ, tiada seorang pun petugas yang memeriksa bag pengunjung.
 

Setelah seharian di USJ, kami pulang ke AIRBNB 
dan masak makan malam dengan barang yang kami bawa dari Malaysia.  


Esok kami akan ke OSAKA AQUARIUM KAIYUKAN & OSAKA SPICE SHOP

penginapan murah di jepun, menyewa rumah di jepun, penginapan murah di osaka jepun



itinerari percutian di osaka jepun, bercuti di osaka pada musim sejuk, tips bercuti pada musim sejuk, pakaian yang perlu dibawa apabila bercuti pada musim sejuk, panduan ringkas ke osaka, melancong ke jepun, full itinerary percutian DIY ke osaka

5 comments:

  1. boleh tahu apa nama airbnb yg you guys stay?

    ReplyDelete
    Replies
    1. to be precise, area mana ya?

      Delete
    2. hi Fazryatul hazrim, ini link airbnb yang kami sewa https://www.airbnb.com/rooms/28467702?guests=1&adults=1

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete