Tuesday, 5 March 2019

Bercuti di Osaka, Kyoto, Shiga & Nara (JEPUN) 2019 - Hari 3 OSAKA AQUARIUM KAIYUKAN & OSAKA SPICE SHOP


Hari ini hari ketiga kami di OSAKA

ITINERARI PERJALANAN PERCUTIAN KAMI SEMASA DI OSAKA HARI INI IALAH:

AIRBNB -> OSAKA STATION -> OSAKA AQUARIUM -> OSAKA STATION -> ALI’s KITCHEN OSAKA HALAL RESTAURANT -> OSAKA SPICE SHOP -> AIRBNB

Kami bersarapan pagi di AIRBNB. 
Menurut ramalan cuaca, hari ini akan hujan sekejap-sekejap. 
Jadi kami bawa payung yang telah sedia ada di AIRBNB kami.

Hari ini kami menuju ke OSAKA AQUARIUM KAIYUKAN.

jellyfish cantik di osaka aquarium kaiyukan.

Cara kami pergi ke Osaka Aquarium dari Osaka Station.

Kami naik train di OSAKA STATION menggunakan OSAKA LOOP LINE menuju ke BENTENCHO STATION. Dari situ transfer ke CHUO SUBWAY LINE ke arah OSAKAKO STATION. Dari  situ pula, berjalan kaki ke Aquarium.

Dari jauh lagi, sudah jelas kelihatan TEMPOZAN FERRIS WHEEL. 
Kami melepasi sebuah supermarket besar. Di luar supermarket terdapat pelbagai makanan seperti biskut dan coklat dengan papan tanda besar bertulis “HALAL PRODUCTS”, tapi kami tidak beli apa-apa pun.

Sebelum tiba di Aquarium,
 kami ternampak seorang wanita menjual sourviner di tepi jalan. 
Kami berhenti meneliti harga barang-barangnya tapi tidak beli apa-apa pun.




Tiba di kawasan tempozan, kami di sambut dengan patung lego zirafah besar. 
Selepas melepasi TEMPOZAN MARKET, kami tiba di hadapan OSAKA AQUARIUM dan kami beli tiket berharga RM87 seorang di kaunter.



OSAKA AQUARIUM adalah salah sebuah aquarium terbesar di dunia. 
Tarikan utama di sini ialah ikan Yu Paus (whale shark) dan Pari Kola (Manta Rays).

 Kalau nak tengok dolphin beraksi, pastikan anda berada di kawasan tangki dolphin pada masa makan  dolphin. Sambil dolphin diberi makan, ia beraksi menari dan sebagainya. Boleh rujuk brochure untuk masa makan pelbagai jenis haiwan di sini.

  

tarikan utama di osaka aquarium, 2 ekor ikan Yu Paus (whale shark).  
  Ramai betul pengunjung di Aquarium ini, ada juga rombongan pelajar Jepun yang melawat tempat ini. Kami berjalan-jalan dalam Aquarium selama 3 jam, kemudian keluar dan singgah di TEMPOZAN MARKET.

BELI  SOUVENIER FRIDGE MAGNET, KEY CHAIN,  MURAH DI OSAKA

Kami sebenarnya mencari souvenier. Di TEMPOZAN MARKET ada fridge magnet dengan design sama dengan yang dijual oleh wanita di tepi jalan tadi. Harga di sini 165 yen, wanita tadi pula menjualnya dengan harga 100 yen sahaja. Tshirt di TEMPOZAN MARKET berharga 800 yen dan wanita tadi menjualnya dengan harga 500 yen sahaja. Sekotak chopstick disini harganya 500 yen, wanita tadi menjualnya 300 yen. Jadi kami memutuskan untuk beli sahaja dari wanita tadi.

Walau bagaimana pun kami tetap singgah di salah sebuah kedai di Tempozan Market ini dan membeli fridge magnet dengan design yang berbeza dari yang dijual oleh wanita tadi.

kedai kami beli souvenier di tempozan market

Hujan dah mula turun, kami kemudiannya berjalan dan singgah dikedai wanita tadi dan membeli fridge magnet, chopstick , topi dan lain-lain. 
Wanita ini fasih berbahasa Malaysia. 
Katanya dia belajar dari kawan-kawan. Dia juga fasih berbahasa negara lain.

 

Sebelum tiba di stesen, kami singgah beli kuih Imagawayaki ditepi jalan. 
Rasanya macam kaya ball di malaysia.
Ada dua pilihan inti, kacang merah dan keju. sedap dimakan panas2.



Dari  OSAKAKO, kami naik CHUO LINE ke arah HOMMACHI dan
transfer ke MIDOSUJI LINE menuju ke SHINSAIBASHI. 
Dari situ kami berjalan ke ALI'S KITCHEN OSAKA HALAL RESTAURANT yang menghidangkan makanan Pakistan. Nasi beriani ayamnya sangat sedap. Tambah pula hari hujan, memang sedap makan masakan panas. Restoran ini terletak underground, perlu turun menyusuri tangga yang sempit. Restorannya pun kecil dan sempit sahaja tapi makanannya sangat sedap.

beriani ayam di ALI'S KITCHEN OSAKA HALAL RESTAURANT

pintu masuk ke ALI'S KITCHEN OSAKA HALAL RESTAURANT. restorannya sangat kecil.
 Selepas makan, kami naik train di SHINSAIBASHI ke UMEDA melalui MIDOSUJI LINE. Kemudian dari UMEDA STATION kami berjalan ke OSAKA SPICE untuk membeli beras dan ayam halal.
Kedai ini terletak di tingkat dua dan agak tersembunyi. Kami berjaya sampai ke kedai ini selepas bertanya pada orang Jepun yang ada di kawasan sekitar. Dia membawa kami hingga ke depan bangunan dan menyuruh kami naik ke tingkat atas. Baik betul. Kedai ini menjual ayam, daging halal, beras dan pelbagai jenis rempah. Kami hanya beli ayam dan beras sahaja. 

naik tangga di tengah bangunan untuk ke osaka spice

pintu masuk osaka spice kitchen
 Kami pulang ke AIRBNB dan masak makan malam. 

Esok kami akan ke BIWAKO VALLEY SKI RESORT.


penginapan murah di jepun, menyewa rumah di jepun, penginapan murah di osaka jepun


bercuti di jepun 2019, percutian keluarga ke jepun, restoran makanan halal di osaka jepun, tips melawat jepun, pakej murah ke osaka, jalan-jalan di osaka jepun, tempat menarik di osaka jepun, tempat yang mesti di lawatai bila melancong ke jepun

No comments:

Post a Comment