Sunday 17 March 2019

Bercuti di Singapore : Day 2 SENTOSA ISLAND (LUGE) & MARINA BAY SANDS


Hari ini hari kedua kami di SINGAPURA.

Kami akan ke SENTOSA ISLAND untuk main LUGE.

Kami bersarapan awal pagi.
Kami makan di RESTORAN ALQAYYUM sebab dekat sangat dengan AIRBNB,
halal dan lagipun memang sedap.

restoran al-qayyum, singapura

CARA KAMI KE SENTOSA ISLAND, SINGAPURA DENGAN MRT

Kami berjalan kaki dari AIRBNB ke NOVENA STATION.
Kami naik MRT dan transfer di DHOBY GHAUT, naik PURPLE LINE ke HARBOUR FRONT.  Kami turun dan masuk ke VIVO CITY , kemudian naik SENTOSA EXPRESS MONORAIL ke IMBIAH STATION.

Luge di buka pada pukul sepuluh pagi. kami sampai lebih awal, jadi kami jalan2 di sini dan bergambar dulu.

Kami pernah main luge di QUEENSTOWN, NEW ZEALAND pada 2017.
Memang seronok sebab cuaca yang sejuk dan pemandangan gunung-ganang di New Zealand. Memang Luge berasal dari New Zealand dan kemudian di kembangkan ke di kanada, korea dan singapura.

Jadi sekarang nak merasa luge di Singapura pula.
Berbeza dengan luge New Zealand, di sini pula kami akan naik luge dalam cuaca panas dan  pokok-pokok hijau.

Mula-mula, beli tiket luge dulu. boleh pilih pakej mana yang kita nak.
Boleh refer website. beg dan barang-barang lain tak boleh bawa naik luge. Boleh simpan dalam locker yang disediakan, harga locker ikut saiz locker.

beli pakej luge di sini 

Kemudian kita pilih topi keselamtan ikut saiz kepala kita lah, topi ni ada tersedia dalam tong besar. Kalau dah habis main, pulangkan je ke dalam tong besar yang terdapat di sekitar kawasan luge. Kalau pegi awal pagi, topi keledar masih ok, kalau masuk main luge agak lewat, topi ni dah berbau peluh orang yang memakai awal pagi. Ye la, cuaca panas berpeluh2, topi pun terkesan jugak lah.


Dah pilih topi,
boleh beratur dan naik Skyline.

naik skyline untuk ke atas. salah satu line lebih tinggi dari yang sebelah lagi 



Naik luge ni sekali memang tak cukup. kena ulang2 naik.
naik skyline, then turun dengan luge guna graviti , kemudian ulang skyline semula dan seterusnya.
Skyline di sini ada dua, satu agak rendah dan satu lagi naik lebih tinggi. Kami cuba kedua2 sekali!
 Laluan luge pun boleh pilih, nak laluan yang biasa atau yang lebih mencabar.

ini tempat laluan luge berakhir, ia terletak di bahagian bawah laluan
Dan seperti di New Zealand juga,
pertama kali naik, kita kena ikut  beginner's track dulu, kemudian boleh la naik yang track biasa pula.

Selepas puas main luge, kami makan di Restoran Mary Brown yang terletak berdekatan dengan tempat luge.
Kami pernah ke SENTOSA ISLAND pada tahun 2010. Ketika itu belum ada luge dan makanan halal pun tiada. sekarang ada restoran halal di sini, senang lah untuk muslim ke sini.

Selepas makan, solat , kami ke MARINA BAY SANDS sebab hari masih cerah.
Ini lah untungnya berjalan di negara panas macam Singapura dan Malaysia,
sampai malam pun boleh jalan-jalan lagi.



THE SHOPPE at marina bay sands singapore
Sampai saja, kami jalan2 dalam Mall. Kemudian kami ke EVENT PLAZA di pesiaran untuk tengok MUSICAL LIGHT & WATER SHOW. Pertunjukkan ini percuma, boleh duduk saja di mana2 di kawasan pesiaran menghadap teluk.



Lepas itu kami  ke GARDENS BY THE BAY untuk melihat SUPER TREE GROVE.
Kami sebenarnya nak tengok GARDEN RHAPSODY SHOW tapi dah terlepas.
So tengok je lah pokok rasaksa ini tanpa show, tetap cantik jugak.



Dah letih jalan-jalan, kami pulang ke AIRBNB.
Kami singgah makan malam di restoran AL_QAYYUM lagi. Memang masakan di sini kena dengan selera kami. Salah seorang pekerjanya, kalau tak silap kami, tukang masaknya, menegur kami . mungkin sebab hari-hari singgah makan di sini. katanya, dia pun orang Malaysia juga dan dah lama bekerja di SIngapura. dulu dia bekerja di restoran di Malaysia.



klik pada link untuk baca:

  main luge di sentosa island singapura, bercuti di singapura dengan keluarga, percutian di singapore, masuk ke singapura melalui bas,tak perlu bajet tinggi untuk bercuti di singapura, makanan halal di singapura.

No comments:

Post a Comment