Sunday, 17 March 2019

Bercuti di Singapore : Day 3 & 4 SENTOSA ISLAND (UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE)


Hari ini kami akan ke 

UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS).



Sekali lagi,
 kami bersarapan di Restoran ALQAYYUM yang terletak dekat dengan AIRBNB kami sebelum memulakan perjalanan
ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE. menu sarapan di sini lengkap seperti menu makan tengah hari. Kalau nak makan beriani untuk sarapan pun , semua ada.



CARA KAMI BELI TIKET UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE (USS)

Untuk mengelak daripada beratur panjang untuk membeli tiket di kaunter USS,
kami beli secara online seminggu sebelum bertolak ke Singapura. Bila hendak masuk ke USS, tunjukkan printed voucher yang di email selepas kita buat pembelian. Kalau tak print pun tak apa, boleh tunjuk je voucher dalam handphone kita.
Kami tak beli sebarang express pass untuk aktiviti dalam USS.

bergambar dengan penguin of madagaskar di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE
Kami mulakan perjalanan kami awal pagi kerana tidak mahu beratur panjang untuk masuk ke Universal Studio Singapore dan untuk mengelak queue panjang untuk menaiki rides dan menonton pelbagai show di sana nanti. Sasaran kami nak sampai depan pintu masuk Universal Studio Singapore sebelum ia di buka untuk orang ramai.



PERJALANAN KAMI DARI AIRBNB KE UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE



Kami berjalan kaki ke NOVENA STATION.
Kami naik MRT dan transfer di DHOBY GHAUT, naik PURPLE LINE ke HARBOUR FRONT.  Dari situ kami berenam menaiki grab MPV ke USS.



Kami sampai, tepat2 pukul 9
 dan terus bergambar di luar pintu masuk.
Gambar wajib ke USS, bergambar dengan Globe ni.

di luar pintu masuk UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE

Kami cuma beratur dan tunjuk voucher dan terus di benarkan masuk.
Begpack kami tidak di periksa pun. Malah tak nampak pun pegawai yang memeriksa beg pengunjung.  Kami tidak bawa sebarang makanan kerana dalam USS sekarang sudah ada restoran makanan halal. 





Seperti taman tema lain, 
di USS banyak rides dan show, 
jadi kena rancang aktiviti supaya tak ketinggalan dan tak perlu beratur panjang. 
Kami dapat naik kebanyak rides dan menonton show tanpa menunggu lama.


Sebenarnya ini kali kedua kami ke UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE. 
Pertama kali dulu ialah pada tahun 2010, lebih kurang 9 tahun yang lalu! 

Walaupun dah pernah naik kebanyakan  rides di sini, 
tapi masih terasa berdebar untuk naik roller coaster yang extreme. 
Tapi tetap seronok!

Menunggu giliran untuk naik REVENGE OF THE MUMMY di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE


Terdapat beberapa buah restoran yang menghidangkan makanan halal di UNIVERSAL STUDIO SINGAPORE.
Boleh refer website USS. 

Kami makan burger di MEL's Drive Inn .



Selepas makan, 
kami solat di surau di sini.
Surau agak kecil tapi selesa. 

Lepas tu kami ke JURASIC PARK.


 


World Premiere ini ialah salah satu tapak show di USS.
Kena tengok Brochure untuk tahu waktu semua showsama ada indoor show atau outdoor show 


marylin monroe show di universal studio singapore


Seharian di USS, akhirnya kami pulang ke AIRBNB.
Esok kami akan bertolak pulang ke MALAYSIA melalui jalan dan
cara yang sama ketika kami datang ke sini.


klik pada link untuk baca:

beli tiket murah ke universal studio singapore, bercuti di singapore, percutian sekeluarga ke universal studio singapore, makanan halal di sinagpore, 

Bercuti di Singapore : Day 2 SENTOSA ISLAND (LUGE) & MARINA BAY SANDS


Hari ini hari kedua kami di SINGAPURA.

Kami akan ke SENTOSA ISLAND untuk main LUGE.

Kami bersarapan awal pagi.
Kami makan di RESTORAN ALQAYYUM sebab dekat sangat dengan AIRBNB,
halal dan lagipun memang sedap.

restoran al-qayyum, singapura

CARA KAMI KE SENTOSA ISLAND, SINGAPURA DENGAN MRT

Kami berjalan kaki dari AIRBNB ke NOVENA STATION.
Kami naik MRT dan transfer di DHOBY GHAUT, naik PURPLE LINE ke HARBOUR FRONT.  Kami turun dan masuk ke VIVO CITY , kemudian naik SENTOSA EXPRESS MONORAIL ke IMBIAH STATION.

Luge di buka pada pukul sepuluh pagi. kami sampai lebih awal, jadi kami jalan2 di sini dan bergambar dulu.

Kami pernah main luge di QUEENSTOWN, NEW ZEALAND pada 2017.
Memang seronok sebab cuaca yang sejuk dan pemandangan gunung-ganang di New Zealand. Memang Luge berasal dari New Zealand dan kemudian di kembangkan ke di kanada, korea dan singapura.

Jadi sekarang nak merasa luge di Singapura pula.
Berbeza dengan luge New Zealand, di sini pula kami akan naik luge dalam cuaca panas dan  pokok-pokok hijau.

Mula-mula, beli tiket luge dulu. boleh pilih pakej mana yang kita nak.
Boleh refer website. beg dan barang-barang lain tak boleh bawa naik luge. Boleh simpan dalam locker yang disediakan, harga locker ikut saiz locker.

beli pakej luge di sini 

Kemudian kita pilih topi keselamtan ikut saiz kepala kita lah, topi ni ada tersedia dalam tong besar. Kalau dah habis main, pulangkan je ke dalam tong besar yang terdapat di sekitar kawasan luge. Kalau pegi awal pagi, topi keledar masih ok, kalau masuk main luge agak lewat, topi ni dah berbau peluh orang yang memakai awal pagi. Ye la, cuaca panas berpeluh2, topi pun terkesan jugak lah.


Dah pilih topi,
boleh beratur dan naik Skyline.

naik skyline untuk ke atas. salah satu line lebih tinggi dari yang sebelah lagi 



Naik luge ni sekali memang tak cukup. kena ulang2 naik.
naik skyline, then turun dengan luge guna graviti , kemudian ulang skyline semula dan seterusnya.
Skyline di sini ada dua, satu agak rendah dan satu lagi naik lebih tinggi. Kami cuba kedua2 sekali!
 Laluan luge pun boleh pilih, nak laluan yang biasa atau yang lebih mencabar.

ini tempat laluan luge berakhir, ia terletak di bahagian bawah laluan
Dan seperti di New Zealand juga,
pertama kali naik, kita kena ikut  beginner's track dulu, kemudian boleh la naik yang track biasa pula.

Selepas puas main luge, kami makan di Restoran Mary Brown yang terletak berdekatan dengan tempat luge.
Kami pernah ke SENTOSA ISLAND pada tahun 2010. Ketika itu belum ada luge dan makanan halal pun tiada. sekarang ada restoran halal di sini, senang lah untuk muslim ke sini.

Selepas makan, solat , kami ke MARINA BAY SANDS sebab hari masih cerah.
Ini lah untungnya berjalan di negara panas macam Singapura dan Malaysia,
sampai malam pun boleh jalan-jalan lagi.



THE SHOPPE at marina bay sands singapore
Sampai saja, kami jalan2 dalam Mall. Kemudian kami ke EVENT PLAZA di pesiaran untuk tengok MUSICAL LIGHT & WATER SHOW. Pertunjukkan ini percuma, boleh duduk saja di mana2 di kawasan pesiaran menghadap teluk.



Lepas itu kami  ke GARDENS BY THE BAY untuk melihat SUPER TREE GROVE.
Kami sebenarnya nak tengok GARDEN RHAPSODY SHOW tapi dah terlepas.
So tengok je lah pokok rasaksa ini tanpa show, tetap cantik jugak.



Dah letih jalan-jalan, kami pulang ke AIRBNB.
Kami singgah makan malam di restoran AL_QAYYUM lagi. Memang masakan di sini kena dengan selera kami. Salah seorang pekerjanya, kalau tak silap kami, tukang masaknya, menegur kami . mungkin sebab hari-hari singgah makan di sini. katanya, dia pun orang Malaysia juga dan dah lama bekerja di SIngapura. dulu dia bekerja di restoran di Malaysia.



klik pada link untuk baca:

  main luge di sentosa island singapura, bercuti di singapura dengan keluarga, percutian di singapore, masuk ke singapura melalui bas,tak perlu bajet tinggi untuk bercuti di singapura, makanan halal di singapura.